top of page

Sabah Mengundi: Presiden PBRS calon terawal selesai mengundi

  • BERNAMA
  • 29 Nov
  • 1 min membaca
ree

KOTA KINABALU -  Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menjadi antara calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang terawal hadir menunaikan tanggungjawab demokrasi sebagai pengundi pada hari ini.


Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook telah selesai mengundi di Sekolah Pekan Ansip, Sook sebaik sahaja pusat mengundi itu dibuka tepat jam 7.30 pagi Sabtu.


Arthur berdepan dengan pertandingan lima penjuru di DUN Sook yang mempunyai sebanyak 20,349 pemilih berdaftar menurut Suruhanjaya Pilihan Raya.


Sook adalah antara tiga DUN dalam Parlimen Pensiangan.


Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.- Bernama


Komen


bottom of page