Sabah Mengundi: SPR jangka keputusan PRN menjelang 12 tengah malam
- EDITOR
- Nov 29
- 1 min membaca

PAPAR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu memberitahu bahawa keputusan penuh Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah dijangka diketahui pada pukul 12 tengah malam ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata bagaimanapun, keputusan awal boleh diterima bermula dari pukul 10 malam nanti.
“Kita menjangkakan keputusan awal boleh terima sekitar pukul 10 malam.
"Manakala semua keputusan penuh PRN Sabah kita boleh terima pukul 12 tengah malam ini,” katanya pada sidang media selepas meninjau proses mengundi di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK) Kawang pada Sabtu.
Dalam perkara sama, Ramlan turut menambah bahawa SPR kini sudah menyediakan logistik termasuk helikopter di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memudahkan tindakan membawa peti undi dari kawasan pulau serta pedalaman ke pusat penjumlahan undi yang ditetapkan.
Menurutnya, SPR boleh menerima peti undi dari kawasan tersebut lebih awal memandangkan PDM ditutup seawal pukul 12 tengah hari.- http://malaysiatoday.com.my





Komen