top of page
  • kumara885
  • 3 hari lalu
  • 1 min membaca
Saifuddin digugurkan sebagai pengerusi PN Pahang
Saifuddin digugurkan sebagai pengerusi PN Pahang


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah digugurkan daripada jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Pahang.


Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Saifuddin akan digantikan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.


Mohamed Azmin berkata, Majlis Tertinggi PN yang bermesyuarat pada malam Isnin juga menggugurkan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli daripada jawatan Pengerusi PN negeri dan digantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.


"Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan PN negeri-negeri berkuat kuasa pada 28 Oktober 2025," katanya menerusi satu kenyataan lewat malam tadi.


Kenyataan yang menyenaraikan pelantikan baharu itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PN Datuk Seri Azmin Ali pada tengah malam tadi.


Jelas beliau pelantikan itu dibuat selepas mesyuarat Kepimpinan Tinggi PN yang dipengerusikan oleh Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.


Komen


bottom of page