Sambut Deepavali: dengar kemeriahan bunyi mercun takpe, jangan bunyi ambulans - Prabakaran
- kumara885
- 18 Okt
- 1 min membaca

KUALA LUMPUR - Kurang 48 jam lagi hampir 2 juta kaum India di negara ini bakal menyambut pesta cahaya iaitu Deepavali pada Isnin 20 Oktober ini.
Ahli Parlimen Batu, Yang Berhormat Prabakaran mengambil kesempatan ini dan mengucapkan mesej penting sambutan Deepavali kepada semua masyarakat beragama Hindu di negara ini.
Katanya, mereka yang menyambut Deepavali agar meraikannya dalam keadaan sihat dan selamat bersama sanak saudara.
"Sambutan kali ini diharap membawa kebahagiaan dan cahaya harapan kepada masyarakat India di negara ini.
"Bagi mereka yang akan pulang menyambut Deepavali di kampung halaman agar memandu secara berhati-hati agar selamat sampai di destinasinya.
"Kepada mereka yang sambut Deepavali main mercun dan bergembira, biar dengar bunyi mercun tidak mengapa tetapi jangan sampai kita dengar bunyi ambulans pula, maksudnya jaga keselamatan kita sepanjang sambutan Deepavali," ujarnya lagi.
Turut merakamkan mesej an harapan sama ialah Presiden MIPP Punithan Paramasivam yang berharap sambutan pesta cahaya kali ini menghapuskan segala kegelapan yang dialami komuniti India dan membawa cahaya pembangunan kepada masa depan bangsa tersebut.
"Mesej saya kepada komuniti Hindu di negara ini, sambutlah Deepavali dengan penuh bakti, meriah tetapi yang penting saya akan doakan sambutan kali ini membawa cahaya masa depan gemilang untuk masyarakat India," ujar beliau.





Komen