top of page

'Saya terjebak dalam politik kerana benci rasuah', kata Rafizi

  • EDITOR
  • 25 Nov
  • 1 min membaca
ree

SHAH ALAM - Datuk Seri Rafizi Ramli dalam satu status mengenai isu rasuah di Facebook rasminya menyatakan bahawa faktor utama membawa beliau menyertai politik kira-kira 20 tahun lalu kerana disebabkan oleh kebenciannya terhadap isu yang tidak pernah padam dalam negara iaitu rasuah.


Status terbaharu itu sekaligus menarik perhatian para pengguna dan juga pengikut beliau di Facebook.


Bekas Menteri Ekonomi itu berkata, beliau terjebak dalam arena politik tanahair ialah kerana kebencian kepada rasuah.


"Bila saya membesar saya nampak ada sebahagian masyarakat kita yang mensucikan rasuah. Ada yang kata apa nak kisah pasal rasuah asalkan orang kita dapat.


"Ada yang kata kalau tak rasuah macam mana nak buat bisnes. Ada yang menunggang lawan rasuah, rupa-rupanya sebab dia nak pula nak ambil tempat laba rasuah bila kerajaan bertukar ganti," kata beliau dalam FB.


Bekas Timbalan Presiden PKR itu juga menambah bahawa sebelum ini beliau pernah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memecat setiausaha politiknya yang terpalit kontroversi berhubung surat sokongan dikeluarkan bagi kontraktor yang membida projek hospital.


Bagaimanapun keluh beliau, Anwar yang juga Presiden PKR menolak desakan tersebut dengan mengatakan surat sokongan berkenaan bukan arahan.


Selepas lebih 20 tahun bercakap dan melawan rasuah, beliau turut mengakui mungkin sukar untuk mempercayai mana-mana kempen atau slogan untuk melawan perbuatan tidak bermoral itu.


"Sebab saya nampak (petikan) ini. Corruption is not bad. Corruption is only bad if I am not involved. But if I am part of that corruption, I’ll defend it (Rasuah tidaklah buruk. Rasuah hanya menjadi buruk jika saya tidak terlibat. Tetapi jika saya menjadi sebahagian daripada rasuah itu, saya akan mempertahankannya)," tegasnya lagi. - malaysiatoday


Komen


bottom of page