Seorang maut kanak kanak antara 3 cedera nahas Myvi,BMW
- S.KUMARA
- 10 Nov
- 1 min membaca

KUANTAN - Seorang lelaki dilaporkan maut manakala tiga lagi termasuk kanak-kanak perempuan tercedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kenderaan jenis Myvi dan BMW di sini semalam.
Dua lagi mangsa dilaporkan terselamat tanpa kecederaan dalam insiden tersebut yang berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Bakti, Mentakab di sini.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku sekitar jam lebih kurang 4.38 petang dan cuaca dilaporkan baik, menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria.
Katanya, Perodua Myvi dinaiki tiga mangsa termasuk mangsa lelaki yang maut bersama dua wanita yang cedera.
"Pihak bomba menerima laporan berhubung kemalangan itu jam 4.38 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bergegas ke lokasi kejadian yang berjarak 11 kilometer dari balai untuk operasi menyelamat.
"Anggota yang tiba di lokasi segera mengeluarkan mangsa yang berada di bahagian belakang kereta, bagaimanapun lelaki itu disahkan telah meninggal dunia di lokasi tersebut," katanya.
Manakala, dua mangsa menaiki BMW selamat manakala seorang penumpang kanak-kanak cedera dalam insiden nahas itu.
Jelas Zulfadli, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut iaitu dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.
"Sementara mangsa yang tercedera telah dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut," tegas beliau. malaysiatoday





Komen