top of page

Shafie Apdal sangkal dakwaan Warisan beli ADUN

  • S.KUMARA
  • 5 hari lalu
  • 1 min membaca
ree

KOTA KINABALU – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menangkis sekeras-kerasnya dakwaan pihak luar kononnya pihaknya sedang berusaha membeli atau memujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).


Presiden Parti Warisan itu lagi, komitmen Warisan sentiasa berteraskan integriti dan kepimpinan yang mesti diperoleh melalui kepercayaan rakyat.


“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Warisan sedang berusaha membeli atau memujuk ADUN.


“Kepercayaan anda amat kami hargai dan amanah itu kami pikul dengan penuh rendah hati serta penghormatan.


“Warisan menghormati mandat rakyat dan proses demokrasi yang menjadi asas pentadbiran negeri kita,” katanya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa.


Tambah bekas pemimpin UMNO itu lagi, Warisan akan terus melaksanakan peranan yang diamanahkan dengan penuh maruah, konsisten, dan dengan iltizam yang tidak berbelah bahagi untuk berkhidmat kepada rakyat Sabah.


Sebelum ini, tular khabar angin mendakwa Warisan telah mengadakan pertemuan dengan beberapa ADUN. - malaysiatoday.com.my


Komen


bottom of page