top of page

Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik PM

  • S.KUMARA
  • 26 Nov
  • 1 min membaca
ree


KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengumumkan peletakan jawatannya pada Selasa.


Menerusi perkongsian di platform X, Shamsul berkata, surat perletakan jawatannyasudah diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebelah pagi untuk tindakan sejawarnya.


Shamsul mengambil keputusan terbabit enam hari selepas Anwar membuat teguran tegas kepada setiausaha politiknya itu kerana mengeluarkan surat sokongan kontraktor bagi sebuah projek hospital pada 2024.


Shamsul Iskandar berkata, keputusan itu diambil susulan wujud percubaan menyerang beliau dengan perkara yang boleh menjejaskan imej kerajaan MADANI.


"Justeru, saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini.


"Saya mengucapkan terima kasih kepada PM di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya," katanya dalam hantaran di platform X, petang Selasa.

Komen


bottom of page