top of page

Sindiket Forex, cabutan bertuah selindung di sebalik Pas lawatan Sosial tersungkur

  • S.KUMARA
  • 2 Dis
  • 2 min membaca
ree

SHAH ALAM – Sindiket penipuan cabutan bertuah dan forex melibatkan warga China dengan berselindung di sebalik pas lawatan sosial dan pas kerja untuk memasuki Malaysia bagi melakukan operasi pusat panggilan (calling centre) akhirnya dipatahkan pihak berkuasa polis Malaysia.


Sindiket itu ditangkap menerusi dua serbuan yang dijalankan oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada 26 November lalu di Sunsuria City, Sepang.


Ketua Polis Selangor Komisioner Datuk Shazeli Kahar berkata, serbuan pertama pada jam 1 petang melibatkan sindiket penipuan cabutan bertuah dalam talian.


"Hasil serbuan berjaya membawa kepada tangkapan seramai 14 warga China termasuk empat wanita yang merupakan ahli sindiket tersebut.


"Kemudian kita melaksanakan serbuan kedua pada jam 5 petang pula membabitkan sindiket penipuan forex dalam talian apabila berjaya memberkas seramai 10 warga China termasuk tiga wanita.


"“Siasatan awal mendapati kedua-dua kes ini merupakan sindiket yang berlainan yang menyasarkan warga China sebagai mangsa untuk aktiviti penipuan mereka," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis Kontinjen Selangor.


Tambah beliau, siasatan mendapati kesemua mereka yang dipercayai ahli sindiket terbabit masuk ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak Jun lalu menggunakan pas lawatan sosial dan pas kerja.


Malah katanya, pihaknya juga sedang melakukan semakan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi mengesahkan ketulenan dokumen suspek kedua-dua sindiket tersebut.


Jelasnya, sindiket itu pertama menggunakan modus operandi sindiket iaitu menggunakan aplikasi ‘QQ’ sebagai platform e-iklan bagi mendorong mangsa membeli nombor bertuah yang menjanjikan hadiah wang tunai sedangkan ia tidak wujud.


"Bagi sindiket forex pula, pada peringkat awal, sindiket mencari mangsa melalui aplikasi ‘Tonghuasin’ sebelum menggunakan Telegram bagi urus niaga.


“Mangsa yang dijanjikan pulangan keuntungan akan diperdaya setelah wang modal pelaburan diserahkan.


"Menerusi tumpasan kedua-dua sindiket ini, kita berjaya melakukan rampasan kes berjumlah RM60,000 melibatkan barangan seperti komputer riba, telefon bimbit serta penghala.


"orang ramai juga digesa menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesan mana-mana individu atau kumpulan mencurigakan di kawasan kediaman dan premis perniagaan bagi tindakan pencegahan," tegasnya lagi.

Komen


bottom of page