Sindiket jual jual cop keselamatan palsu kepada warga asing tumpas
- S.KUMARA
- 11 Nov
- 1 min membaca

SERDANG – Kegiatan sindiket menjual cap keselamatan palsu kepada warga asing akhirnya terbongkar dan berjaya ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia kali ini.
Seramai tujuh individu termasuk tiga wanita warga Vietnam berjaya ditangkap oleh Jabatan Imigresen dalam satu serbuan tergempar yang dilaksanakan di sebuah rumah di kawasan Seri Kembangan di sini pada Isnin.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata, siasatan pihaknya mendapati sindiket itu menyasarkan warga Vietnam, Indonesia dan Thailand yang mahu menetap lama di Malaysia.
Katanya, pihaknya terlebih dahulu menerima maklumat mengenai dua suspek iaitu lelaki warga tempatan yang menaiki bas dari Terminal Bas Larkin di Johor menuju Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Katanya, sepasukan pegawai diatur gerak dan berjaya mengesan pergerakan dua suspek di sekitar TBS.
"Pasukan operasi seterusnya mengekori sebelum menahan mereka ketika memasuki premis kediaman di sebuah taman di Seri Kembangan, yang disyaki menjadi lokasi persembunyian beberapa individu lain.
"Hasilnya, kami berjaya menggempur dan menahan seramai tujuh individu disyaki sebagai sindiket termasuk tiga wanita warga Vietnam," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Tambah beliau, siasatan awal mendapati mereka (pelanggan) akan mendapatkan khidmat sindiket berkenaan dengan tujuan memperoleh 'endorsement' dikendalikan suspek tanpa mengetahui ia sebenarnya palsu.
"Berdasarkan siasatan awal, setiap urusan dipercayai dikenakan bayaran antara RM2,500 hingga RM3,000 oleh sindiket ini bagi satu dokumen terhadap pelanggan (warga asing),"
"Kesemua tujuh suspek yang ditahan itu adalah berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun dan sedang disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.
"JIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pemalsuan dokumen, melindungi atau menggaji warga asing tanpa dokumen sah," tegasnya lagi.-malaysiatoday





Komen