top of page

Sindiket tipu pelaburan: 8 suspek warga China diberkas

  • S.KUMARA
  • 29 Nov 2025
  • 1 min membaca

BERA – Satu sindiket penipuan pelaburan tidak wujud yang aktif di sebalik sebuah hotel di Triang di sini akhirnya terbongkar.


Lapan suspek warga China termasuk dua wanita yang disyaki beroperasi disebalik sindiket penipuan itu berjaya diberkas polis dalam serbuan yang dijalankan baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera telah menjalanlkan operasi tersebut.


"Kesemua suspek yang ditahan adalah berusia lingkungan antara 28 hingga 39 tahun dipercayai mengendalikan pusat panggilan tersebut sejak Oktober lalu.


“Pemeriksaan lanjut di dalam bilik sindiket berjaya membawa kepada rampasan dua komputer riba dan 19 telefon bimbit yang dipercayai digunakan sindiket untuk memperdaya mangsa melalui skim pelaburan palsu dan tidak wujud itu,” katanya di sini.


Tambah Zulkiflee, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menggunakan aplikasi Telegram bagi mendapatkan segala maklumat mangsa.


"Mereka kemudian memperdaya mangsa melalui skim pelaburan palsu itu menyasarkan warga China.


""Kesemua suspek terbabit kini direman sehingga 1 Disember ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 420/120B Kanun Keseksaan," tegasnya.


Beliau pada masa sama menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka terhadap pelbagai taktik digunakan sindiket penipuan dan segera menghubungi polis sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan. - malaysiatoday.com.my



Komen


bottom of page