top of page

Skandal pejabat hingga 'check in' hotel, pasangan suami isteri orang dicekup berkhalwat

  • Editorial
  • Nov 19
  • 1 min membaca
Pasangan suami isteri orang ditangkap berkhalwat
Pasangan suami isteri orang ditangkap berkhalwat

KLUANG – Pasangan rakan sekerja yang masing-masing berstatus suami dan isteri orang dicekup Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini pada Selasa.


Menurut kenyataan JAINJ, serbuan dilakukan kira-kira jam 10 pagi selepas penguat kuasa menerima maklumat mengenai pergerakan mencurigakan pasangan terbabit.


"Ketika serbuan, televisyen di dalam bilik dipasang kuat sehingga boleh didengari dari luar.

"Pintu hanya dibuka lebih lima minit kemudian oleh seorang lelaki memakai seluar jean dan t-shirt, namun dia cuba menutup semula pintu selepas menyedari kehadiran penguat kuasa.

“Penguat kuasa menolak pintu dan masuk sebelum menutup televisyen. Tingkap yang terbuka turut diperiksa bagi memastikan tiada cubaan melarikan diri.


"Pemeriksaan di dalam bilik menemukan dua bungkus nasi lemak yang masih belum disentuh dan dua cawan kopi panas, manakala katil dan selimut didapati dalam keadaan berselerak," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


JAINJ berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pintu tandas berkunci dan selepas beberapa kali diketuk serta diminta keluar, seorang wanita akhirnya muncul setelah dipujuk oleh lelaki berkenaan.


"Wanita itu lengkap berpakaian t-shirt, seluar panjang serta kain menutup kepala.


"Siasatan awal mendapati lelaki terbabit berusia 50-an dan mempunyai isteri serta anak manakala wanita berusia 30-an juga berstatus isteri orang dan mempunyai anak.


"Kedua-duanya bekerja di tempat sama dan beza umur mereka adalah 18 tahun," tegasnya lagi. - malaysiatoday

Komen


bottom of page