top of page

Spa songsang: 171 individu dibebaskan, mahkamah tolak permohonan reman

  • S.KUMARA
  • 30 Nov
  • 1 min membaca
ree

KUALA LUMPUR – Seramai 171 lelaki tempatan yang telah ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti songsang dan tidak bermoral di sebua Spa Kesihatan di Chow Kit, ibu negara baru-baru ini telah dibebaskan dengan jaminan polis.


Ini kerana permohonan reman ke atas mereka oleh polis telah ditolak oleh mahkamah.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, permohonan reman itu ditolak berikutan kelewatan permohonan yang dikemukakan oleh pihak polis.


“Permohonan reman ini lewat kerana ia melibatkan jumlah tangkapan yang ramai dan proses pengelasan perlu dilakukan satu persatu.


“Keadaan ini menyebabkan permohonan reman dibuat lewat dan atas sebab itu, majistret telah menolaknya,” katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah Kampung Sungai Baru di sini, pada Ahad.


Beliau berkata, daripada 202 individu yang ditahan dalam operasi tersebut, hanya 31 warga asing direman selama dua hari.


“Bagi tangkapan warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tindakan diambil di bawah Akta Imigresen. Tangkapan ini melibatkan kategori masalah jenayah sosial yang semakin membimbangkan,” ujarnya.


Menurut Fadil, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 377 dan Seksyen 372 Kanun Keseksaan.


“Bagaimanapun, tiada bukti yang boleh membantu polis menjalankan siasatan lanjut.


Maksudnya, walaupun tindakan telah diambil, penganjur nampaknya masih bebas dan kita tidak dapat menyerbu mereka secara langsung.


“Selain itu, kita tidak boleh mendakwa mereka dari sudut undang-undang sedia ada kerana bagi kes eksploitasi, pelacuran atau perlakuan luar tabi‘i, mesti ada mangsa. Namun, tiada seorang pun daripada mereka yang mengaku menjadi mangsa, jadi kes tidak dapat diteruskan,” tegasnya lagi. - malaysiatoday.com.my


Komen


bottom of page