top of page

SPRM bawa pulang Albert Tei ke rumah

  • S.KUMARA
  • Nov 28
  • 1 min membaca
Albert Tei ketika ditahan dan digari awal pagi tadi di kediamannya oleh SPRM di Puchong
Albert Tei ketika ditahan dan digari awal pagi tadi di kediamannya oleh SPRM di Puchong

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli perniagaan, Albert Tei yang telah ditahan oleh sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebelah pagi tadi dibawa pulang ke rumahnya di Puchong sebentar tadi (tengahari).


Tindakan terkini itu dipercayai bagi membantu siasatan kes terhadapnya.


Perkara itu telah disahkan oleh peguam yang mewakilinya, Zaid Malek tengahari tadi.


Difahamkan, Albert dibawa masuk ke dalam kediamannya di kawasan perumahan di Puchong, Selangor dalam keadaan kedua-dua tangannya bergari di hadapan.


Zaid berkata, beliau mendapat berita tentang Albert dibawa masuk semula ke kediamannya ketika sedang dalam perjalanan untuk bertemu ahli perniagaan tersebut.


"Saya belum menerima maklumat lanjut kerana tidak tahu status sebenar Albert pulang atau rumahnya digeledah semula," katanya selepas dihubungi media hari ini.


Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi mengesahkan penahanan serta kronologi tangkapan Albert Tei dikeluarkan oleh SPRM termasuk Ketua Pesuruhjayanya Azam Baki yang dinantikan oleh pengamal media.

Komen


bottom of page