top of page

SPRM minta wanita dalam klip video Albert Tei tampil beri keterangan

  • EDITOR
  • 27 Nov
  • 1 min membaca
ree

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta seorang wanita yang dikaitkan dalam sebuah klip video melibatkan perbualan bersama ahli perniagaan Albert Tei yang tersebar pada hari ini supaya hadir ke Pejabat SPRM untuk memberi keterangan membantu siasatan kes tersebut.


SPRM berkata, kehadiran wanita itu amat penting bagi membantu siasatan kes itu melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.


"SPRM kini sedang berusaha mengesan wanita berkenaan dan meminta agar individu ini dapat hadir ke pejabat SPRM pada 1 Disember 2025.


"Selain itu, SPRM juga telah menghubungi Albert dan meminta individu ini hadir ke Pejabat SPRM pada tarikh yang sama,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


SPRM dalam perkara sama turut mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan dan memberi ruang kepada suruhanjaya itu untuk menjalankan siasatan secara bebas dan menyeluruh. - malaysiatoday.com.my


Komen


bottom of page