top of page

SPRM rekod keterangan Sofia Rini

  • S.KUMARA
  • 28 Nov
  • 1 min membaca
ree

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan daripada wanita yang berada dalam klip video perbualan melibatkan tohmahan berkaitan isu rasuah terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.


Wanita terbabit dikenali sebagai Sofia Rini Buyong telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 2 petang pada Khamis untuk menjalani proses memberi keterangan kepada pihak berkuasa tersebut.


Sumber memberitahu bahawa, setakat jam 8 malam tadi proses mengambil keterangannya masih belum selesai.


“SPRM juga telah hubungi bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri dan dimaklumkan bahawa beliau tidak dapat hadir (Khamis) kerana berada di Sabah dan akan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada petang Jumaat.


“Ahli perniagaan bernama Albert Tei pula memaklumkan mempunyai masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan dan akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi dirakam keterangan pada Isnin (1 Disember),” katanya.


Tambah sumber itu lagi, buat masa ini hanya tiga individu berkenaan dipanggil bagi dirakam keterangan.


Jelasnya, SPRM akan melihat keperluan untuk memanggil saksi-saksi lain berdasarkan hasil siasatan.


“Jadi, mana-mana pihak yang dipanggil SPRM selepas ini perlu segera datang bagi membantu siasatan terutama apabila ia melibatkan kes serius seperti ini,” katanya.


Dalam pada itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.


Komen


bottom of page