top of page

Stor peralatan sukan di SMK Jalan 3, Bangi hangus terbakar

  • S.KUMARA
  • 47false17 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
  • 1 min membaca
Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Sebuah stor yang menyimpan peralatan sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan 3 Bangi di sini telah musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku pagi Jumaat.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.


Katanya, pihak bilik gerakan bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.54 pagi.


"Bertindak atas panggilan itu 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dan Kajang bersama empat jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk tindakan segera.


"Pemeriksaan di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan berkeluasan 20x60 kaki persegi yang dijadikan stor peralatan sukan.


"Bangunan itu didapati terbakar 100 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah beliau, api berjaya dikawal pada pukul 7.07 pagi dan dipadam sepenuhnya pada 7.30 pagi.


Siasatan dilakukan untuk mengenalpasti punca kejadian kebakaran itu.- malaysiatoday


Komen


bottom of page