top of page

Suspek serang, cederakan wartawan sukan tersungkur

  • S.KUMARA
  • 26 Nov
  • 1 min membaca
ree

KUALA LUMPUR - Suspek penjenayah yang telah diburu polis selepas disyaki menyerang dan mencederakan seorang wartawan kanan sukan portal berita sukan TwentyTwo13 akhirnya tersungkur di tangan polis.


Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Hoo Chang Hock telah mengesahkan tentang tangkapan tersebut.


Katanya, suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam serangan terhadap wartawan sukan, Haresh Deol itu telah ditahan di Taman Ikan Emas, Cheras di ibu negara di sini kira-kira jam 2 pagi tadi.


"Suspek merupakan lelaki lelaki tempatan berusia 37 tahun.


"Suspek kini sedang direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat bagi membantu siasatan lanjut polis," katanya selepas dihubungi media hari ini.


Tambah beliau, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan.


Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama setahun atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali.


Chang Hook semalam mengesahkan polis menerima laporan daripada mangsa yang juga wartawan portal TwentyTwo13 berhubung kejadian itu.


Komen


bottom of page