top of page

Suspek tetak kepala abang ipar hingga putus direman enam hari

  • kumara885
  • 4 Nov
  • 1 min membaca
Lelaki tetak abang iparnya sehingga kepala terputus direman bantu siasatan polis]
Lelaki tetak abang iparnya sehingga kepala terputus direman bantu siasatan polis]

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang ditahan polis kerana disyaki menetak abang iparnya sehingga putus kepala dalam kejadian di kawasan sawah Kampung Pida 3, Jerlun pada Ahad telah direman enam hari sehingga 6 November depan.


Permohonan reman terhadap suspek telah dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali, bermula dari Sabtu bagi membantu siasatan lanjut polis dalam kes tersebut.


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim, berkata suspek tempatan berusia 38 tahun itu telah ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun jika disabitkan kesalahan.


Katanya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah.


"Mayat mangsa kini diletakkan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematiannya," katanya ketika dihubungi hari ini.


Dalam kejadian pada malam itu, mangsa maut dengan kepalanya putus akibat ditetak adik ipar dalam pergaduhan di kawasan sawah di Kampung Pida 3, dekat sini.


Polis yang bergegas ke lokasi kejadian turut menemui beberapa kesan tetakan di badan mangsa dan kepala yang putus kira-kira satu meter dari badan.


Siasatan lanjut termasuk punca dan motif kejadian masih disiasat oleh polis.


Selepas dipujuk kira-kira 15 minit, suspek ditahan ketika masih memegang parang berukuran 30 sentimeter panjang di rumahnya yang terletak 30 meter dari lokasi kejadian.


Komen


bottom of page