top of page

Tanah Runtuh Cameron Highland: Hampir 700 penduduk Apartmen Puncak Arabella terputus hubungan

  • S.KUMARA
  • 29 Nov
  • 1 min membaca
ree


KUANTAN - Laluan masuk ke Apartmen Puncak Arabella, Tanah Rata, Cameron Highlands terputus hubungan selepas berlakunya kejadian tanah runtuh di lereng bukit berhampiran Blok C bangunan kediaman itu, malam Jumaat.


Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli berkata, polis telah menerima laporan tentang bencana itu yang berlaku di Jalan Puncak Arabella itu kira-kira jam 8.30 malam tadi.


"Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan laluan ke kawasan apartmen terputus hubungan.


"Ia sekali gus menjejaskan pergerakan keluar masuk hampir 700 penduduk yang menetap di situ,” katanya dalam kenyataan awal tengah malam tadi.


Tambah beliau, beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan tinjauan keselamatan dan tindakan awal rentetan daripada tanah runtuh itu.


Azri turut mengesahkan bahawa setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tanah runtuh tersebut.



Komen


bottom of page