top of page

Tanah runtuh Sumatera Barat: Kenderaan dinaiki warga Malaysia dihanyutkan

  • Editorial
  • 27false38 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
  • 1 min membaca
ree

PUTRAJAYA - Seorang rakyat Malaysia dan warga Indonesia yang menaiki kereta telah dilaporkan hilang dihanyutkan oleh bencana tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat pada 27 November lalu.


Kementerian Luar Negeri melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan melaporkan mengesahkan laporan tersebut dalam perkembangan terkini kehilangan warga malaysia itu.

Menurut Wisma Putera lagi, maklumat awal mendapati kenderaan yang dinaiki mangsa, Asrul Nizam Apridwson, 30, bersama tujuh warga Indonesia dipercayai ahli keluarga telah dihanyutkan oleh tanah runtuh.


"Konsulat Jeneral sedang mengadakan kerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam operasi mencari dan menyelamat.


“Empat daripada penumpang warga Indonesia itu telah dikesan, manakala usaha mencari rakyat Malaysia serta tiga lagi warga Indonesia masih diteruskan lagi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Malah katanya, Ibu bapa mangsa kini berada di Padang dan Konsulat Jeneral sedang menyalurkan bantuan serta sokongan sewajarnya kepada keluarga sepanjang tempoh mereka di sana.


Dalam perkembangan berasingan, Kementerian Luar Negeri juga memaklumkan bahawa tiga lagi rakyat Malaysia masih gagal dihubungi sejak 27 November lalu rentetan kejadian banjir dan tanah runtuh di sana.


Menurutnya lagi, pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai tiga mangsa tersebut, iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berumur antara 63 hingga 64 tahun.


"Maklumat awal kami menunjukkan mereka dipercayai berada di Aceh atau Sumatera Utara.


“Konsulat Jeneral sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengesan kedudukan mangsa dan memberikan bantuan yang diperlukan," tegas kenyataan itu lagi.

Komen


bottom of page