top of page

Tang Jie-Ee Wei Muncul Juara Badminton Terbuka Australia 2025

  • S.KUMARA
  • 23 Nov
  • 1 min membaca
Bergu campuran pertama negara muncul juara Terbuka Australia hari ini
Bergu campuran pertama negara muncul juara Terbuka Australia hari ini

KUALA LUMPUR – Beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati status sebagai pilihan utama apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Australia di Sydney hari ini.


Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Olympic Boulevard sebentar tadi, gandingan No.4 dunia itu mengetepikan cabaran pasangan Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu dari Indonesia.


Turun ke gelanggang sebagai juara dunia, Tang Jie-Ee Wei mempamerkan aksi cukup mantap sebelum menamatkan pertarungan menerusi kemenangan 21-16, 21-11 dalam tempoh 42 minit.


Kemenangan itu pastinya memberi kelegaan serta tonik tambahan buat mereka menjelang temasya Sukan SEA Thailand 2025 serta saingan Jelajah Dunia Akhir (WTF) di China bulan depan.


Tang Jie-Ee Wei wajar diberikan pujian memandangkan Terbuka Australia merupakan kejohanan pertama mereka selepas kali terakhir beraksi pada Terbuka Perancis bulan lalu.


Selaku juara, Tang Jie-Ee Wei membawa pulang hadiah wang tunai AS$37,525 (RM156,385), pingat serta trofi manakala Jafar-Felisha meraih AS$18,050 (RM75,223) dan pingat.


Komen


bottom of page