top of page

Tempoh jamin Namwee disambung 14 hari, polis tunggu laporan toksikologi, hasil autopsi

  • S.KUMARA
  • 27 Nov
  • 1 min membaca
ree


PETALING JAYA – Tempoh jaminan terhadap penyanyi rap kontroversi Wee Meng Chee@Namwee telah dilanjutkan lagi selama 14 hari lagi dalam perkembangan siasatan melibatkan kes kematian pempengaruh wanita Taiwan yang disyaki dibunuh pada Oktober yang lepas di ibu sebuah hotel di ibu negara.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata sambungan jaminan itu dibuat pada pukul 4 petang Rabu.


"Oleh itu, tempoh jaminan polis terhadap Namwee dilanjutkan dari Khamis hingga 10 Disember depan.


“Pihak polis masih menunggu laporan toksikologi dan laporan bedah siasat (post mortem) mangsa untuk tindakan lanjut dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.


Sebelum ini media melaporkan bahawa Namewee direman enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan, sebelum reman itu dilanjutkan lagi selama tiga hari lagi.


Terdahulu, Namewee, 42, tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 5 November lalu untuk membantu siasatan selepas polis mengklasifikasikan semula kematian wanita Taiwan itu sebagai kes bunuh.


Namwee dikatakan orang terakhr berada di lokasi bilik wanita Taiwan itu semasa kejadian berlaku.


Komen


bottom of page