top of page
  • kumara885
  • 5 hari lalu
  • 1 min membaca
Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal

KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah melihat masih terlalu awal untuk membuat spekulasi Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal akan menyertai parti itu.


Beliau berkata, hal ini kerana Wan Ahmad Fayhsal bukan dipecat sebaliknya berdepan penggantungan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


"Penggantungan itu mempunyai tempoh dan Ahli Parlimen Machang boleh kembali semua ke pangkuan parti selepas ia tamat," katanya semasa ditemui pemberita selepas Ceramah Perdana Sempena 70 Tahun Pas di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada malam Jumaat.


Ujarnya, Pas tidak mahu mencampuri urusan parti lain dan berharap masalah dalaman Bersatu itu diselesaikan dengan baik.


Mohd Amar memberitahu, tindakan itu bagi memastikan parti berada dalam keadaan harmoni.


Sebelum ini, Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal digantung keahlian daripada Bersatu selama satu penggal.


Selain itu, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan pula dipecat keahlian daripada parti itu berkuatkuasa serta merta.


Komen


bottom of page