top of page

Tiada rombakan besar Kabinet, kata PM Anwar Ibrahim

  • Editorial
  • 1 Dis
  • 1 min membaca
ree

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang rombakan besar-besaran akan dilakukan dalam barisan Kabinet kerajaan Madani di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember ini.


Sebaliknya, Perdana Menteri itu memberi bayangan bahawa hanya akan berlaku pengisian kekosongan beberapa jawatan menteri dalam Jemaah Menteri kelak.


Katanya, ini kerana tempoh Kabinet di bawah pentadbirannya hanya akan berfungsi selama kira-kira satu setengah tahun saja lagi, sebelum penggal pentadbiran itu berakhir.


"Kita perlu mengisi beberapa kekosongan. Mungkin rombakan itu, kalau ada masa yang panjang tapi Kabinet ini hanya akan berfungsi satu setengah tahun saja, jadi saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan.


"Bagaimanapun, saya sedang merenung apakah langkah yang harus diambil tapi mengisi kekosongan itu ada keperluan," katanya di ibu negara pada Isnin.


Jawatan-jawatan menteri yang mengalami kekosongan bermula Selasa ialah seperti berikut:

• Menteri Ekonomi — kosong sejak Datuk Seri Rafizi Ramli letak jawatan

• Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam — kosong sejak peletakan jawatan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad

• Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi — Datuk Ewon Benedick meletakkan jawatan kabinet pada 8 November lalu.

• Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) — Tempoh perkhidmatan Senator Tengku Zafrul Abdul Aziz, berakhir esok.

Selain Tengku Zafrul, tiga lagi Menteri yang akan tamat penggal pertama sebagai Senator ialah:

* Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail;

* Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

* Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.


Komen


bottom of page