[TIDAK RASMI] PRN Sabah: Presiden Warisan Shafie Apdal pertahan DUN Senallang
- Editorial
- 29 Nov
- 1 min membaca

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 hari ini.
Keputusan tidak rasmi PRN setakat jam 7.45 petang tadi menunjukkan beliau mengalahkan tiga pencabar lain iaitu Datuk Marunda KK Ampong, 66, daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Mohd Lipai @ Samsu Sundalu, 56, mewakili Parti Impian Sabah (PIS) dan Abdul Majid Angkulan daripada Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA).
Pada PRN16 lalu, Mohd Shafie menang dengan memperoleh 6,363 undi dengan majoriti 4,631 dalam saingan lima penjuru di kawasan DUN tersebut.
Manakala semasa penggal pertamanya, beliau meraih 7,754 undi dalam persaingan dua penjuru, mencatat majoriti selesa sebanyak 5,301 undi di kerusi yang sama.
Selain itu, calon Warisan lain, Jamil Hamzah, turut mencatat kemenangan di DUN Bugaya.
Keputusan tidak rasmi juga menunjukkan Thien Ching Qiang dari WARISAN menang di DUN Tanjong Papat. - malaysiatoday.com.my





Komen