top of page

Tiga lelaki ditahan belasah kanak-kanak dituduh curi powerbank

  • kumara885
  • 4 Nov
  • 1 min membaca
Tga lelaki dewasa ditahan selepas mencederakan seorang kanak-kanak atas tuduhan mencuri powerbank di ibu negara
Tga lelaki dewasa ditahan selepas mencederakan seorang kanak-kanak atas tuduhan mencuri powerbank di ibu negara

KUALA LUMPUR – Gara-gara dituduh mencuri sebuah 'power bank', seorang kanak-kanak lelaki telah tercedera selepas dibelasah beberapa individu dalam kejadian yang berlaku di kawasan medan selera di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu kota baru-baru ini.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada dakwaan kononnya mangsa berumur 12 tahun mencuri 'power bank' milik rakan kepada salah seorang suspek.


"Rentetan daripada serangan itu, mangsa mengalami luka kecil di bahagian dahi dan mulut sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.


"Semakan lanjut mendapati kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan laporan polis Setapak 17850/25 dan disiasat di bawah Seksyen 323 serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Tambah beliau, susulan daripada insiden dan juga laporan itu, tiga lelaki tempatan berusia antara 49 hingga 61 tahun yang disyaki melakukan jenayah tersebut telah berjaya diberkas polis.


Katanya, ketiga-tiga suspek itu telah ditangkap di lokasi berasingan di Kelantan dan Kuala Lumpur untuk membantu siasatan lanjut polis.


"Siasatan lanjut sedang diteruskan oleh polis dan pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan untuk tindakan lanjut," tegas beliau.


Komen


bottom of page