Tiga menteri angkat sumpah senator untuk penggal kedua
- kumara885
- 7 hari lalu
- 1 min membaca

KUALA LUMPUR: Tiga menteri kabinet Kerajaan Perpaduan telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua pada pagi Rabu di DEwan Negara.
Istiadat itu diadakan sebagai bagi menyambung tempoh perkhidmatan ketiga-tiga mereka dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga Jemaah Menteri yang mengangkat sumpah itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Upacara mengangkat sumpah ketiga-tiga menteri berkenaan telah berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.
Pelantikan semula mereka yang kali pertama mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada 3 Disember 2022,
Pelantikan kedua sebagai Ahli Dewan Negara bagi ketiga-tiga menteri berkenan berkuat kuasa hari ini sehingga 2 Disember 2028.





Komen