top of page

Trump beri amaran, desak Maduro letak jawatan

  • Editorial
  • 6 hari lalu
  • 1 min membaca
ree

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan mengeluarkan amaran keras kepada diktator Venezuela, Nicolas Maduro melalui panggilan telefon, lapor portal berita New York Post semalam.


Trump menerusi amaran itu mengarahkan Maduro untuk meletakkan jawatannya dan berundur atau bersedia berdepan akibat yang buruk ketika ketegangan meningkat antara Caracas dengan Washington.


Menurut portal berita Miami Herald yang memetik sumber, dalam satu panggilan telefon antara Trump dan Maduro, presiden Venezuela itu menuntut agar beliau dibenarkan mengekalkan kawalan ke atas tenteranya.


Tuntutan itu dibuat jika Madurto mengadakan pilihan raya bebas di negaranya. 


Presiden Venezuela itu juga dilaporkan meminta pengampunan global atas semua jenayah yang didakwa dilakukannya.


Namun, Trump menolak kedua-dua permintaan itu sebelum presiden AS itu membuat tawaran yang mungkin sukar ditolak oleh Maduro iaitu berundur sekarang atau terima akibatnya.


Trump juga memberi amaran bahawa operasi ketenteraan di dalam Venezuela mungkin akan bermula tidak lama lagi.- Agensi

Komen


bottom of page