top of page

Trump selamat tiba di Malaysia

  • kumara885
  • 26 Okt
  • 1 min membaca
ree

Trump disambut Anwar selepas Air Force One membawa pemimpin kuasa besar dunia itu mendarat di KLIA pada Ahad


SEPANG- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akhirnya selamat mendarat di Malaysia dengan pesawat rasminya Air Force One sekitar 10 pagi Ahad.


Air Force One yang membawa pemimpin kuasa besar dunia yang dinanti-nantikan Pemimpin ASEAN itu mendarat di KLIA 1 pada pagi tadi.


Jalur Gemilang dan Bendera AS berkibar sambil Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan serta para ahli Jemaah Menteri lain dan Pegawai Kanan Kerajaan menyambut Trump.

 

Semasa ketibaan Trump disambut dengan persembahan tarian sebelum Trump menyertai mereka dengan tarian ikonik beliau sendiri selain mengambil kesempatan berbual dengan artis.

 

Trump turut mengibarkan bendera AS dan Malaysia secara teruja ke arah para pemimpin yang menunggu dan menjemput beliau di Bunga Raya Hall, KLIA.


Beliau kemudian menaiki kenderaan rasminya yang dibawa dari White House, Cadillac One, atau lebih dikenali sebagai “The Beast”, bersama Anwar sekitar jam 10.13am.

Mereka dijangka menuju ke Pusat Konvensyen KLCC di mana berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke- 47.


Kenderaan Beast yang membawa Trump diiringi penub kawalan ketat motosikal berkuasa tinggi untuk menjamin keselamatan.


Lawatan Rasmi Trump ke Malaysia kali ini menandakan detik bersejarah apabila ia adalah lawatan pertama beliau dan penyertaan sulung ke Sidang Kemuncak ASEAN.


Komen


bottom of page