top of page

UPM kesal,mohon maaf dalam isu kendalian anjing liar

  • kumara885
  • 14 Okt
  • 1 min membaca
Universiti Putra Malaysia, Serdang
Universiti Putra Malaysia, Serdang

SERDANG, 14 Oktober- Universiti Putra Malaysia (UPM) pada hari ini menyatakan kekesalan mereka serta memohon maaf terhadap insiden pengendalian anjing liar dalam kawasan kampus yang kemudian tular di media sosial sehingga mencetuskan kritikan awam, baru-baru ini.


UPM menerusi satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya memandang serius isu berkaitan pengendalian anjing liar di dalam kawasan kampus universiti tersebut.


"UPM menzahirkan rasa kekesalan dan memohon maaf atas insiden pengendalian anjing liar yang dilaporkan berlaku pada penghujung tahun lalu di dalam kawasan kampus.


"Universiti ini menghargai keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan haiwan dan menegaskan komitmen untuk memastikan setiap tindakan pengurusan haiwan liar dilaksanakan secara berhemah, beretika dan mematuhi peraturan semasa," katanya.


Komen


bottom of page