top of page

Wanita hilang ditemui mati dalam kereta diparkir Mall

  • kumara885
  • 31 Okt
  • 1 min membaca
ree

KUCHING – Misteri kehilangan seorang perempuan di Tabuan Jaya pada Sabtu lalu akhirnya terungkai apabila ditemui meninggal dunia di dalam keretanya yang diparkir di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini semalam.


Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat mangsa berusia 24 tahun itu daripada orang awam kira-kira pukul 1.55 petang.


“Pasukan kami bertindak atas maklumat itu bergegas ke lokasi sebelum menjumpai si mati dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu.


"Wanita itu telah disahkan meninggal dunia oleh paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang turut bergegas ke lokasi. “Si mati merupakan orang yang dilaporkan hilang di kawasan Tabuan Jaya,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.


Tambah beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik HUS untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian.


Justeru katanya, buat masa ini siasatan awal yang dijalankan oleh polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.


"Kes telah diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) serta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Ketua Balai Polis Sekama, ASP Simon Renang di talian 016-8547803 dan Balai Polis Sekama di talian 082 332522 atau tampil di balai polis berhampiran," tegasnya lagi.


Komen


bottom of page