top of page

Wanita Singapura ditahan pandu Ford Mustang sewa tamat cukai jalan, tiada insurans

  • S.KUMARA
  • 30 Nov
  • 1 min membaca
ree

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga asing yang didapati memandu Ford Mustang GT telah ditahan pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (J{J) selepas mendapati kenderaan itu telah tamat cukai jalan dan tidak memiliki perlindungan insurans sah pada Sabtu.


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, wanita warga Singapura berusia 40 tahun itu ditahan ketika melalui Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kira-kira jam 7.21 malam semalam.


Katanya, pemeriksaan dijalankan anggota JPJ mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) kereta berkenaan telah tamat tempoh pada 13 November lalu selain tiada rekod perlindungan insurans aktif.


"Semakan awal mendapati kereta itu disewa untuk tempoh sehari daripada sebuah syarikat kereta sewa.


"Kenderaan terbabit kemudiannya disita untuk tindakan lanjut," katanya pada Ahad.


Hamidi menegaskan pihaknya sentiasa memantau aduan orang awam dan melaksanakan pemeriksaan berterusan bagi memastikan setiap kenderaan yang berada di jalan raya mematuhi undang-undang ditetapkan.- malaysiatoday.com.my


Komen


bottom of page