top of page

Warden MRSM bekas tentera maut nahas jalanraya

  • Editorial
  • 13 Nov 2025
  • 1 min membaca
Warden MRSM maut selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Tampin.
Warden MRSM maut selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Tampin.

TAMPIN – Seorang warden Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Serting maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 0.2, Jalan Jelai Tambahan berhampiran Restoran Terapung, di sini, 7 malam Rabu.


Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Amiruddien Sariman berkata, kemalangan berlaku membabitkan sebuah lori jenis Isuzu dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun dengan sebuah motosikal VOG yang ditunggang mangsa berusia 55 tahun.


“Hasil siasatan mendapati semasa kejadian pemandu lori dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Jelai untuk menghantar simen, manakala mangsa sedang menunggang motosikal dari tempat kerjanya MRSM Serting menuju ke rumahnya yang terletak di Bukit Gambir, Muar.


“Sejurus sampai di lokasi kejadian, mangsa yang juga bekas tentera dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan jalan.


"Pada masa sama, pemandu lori dari arah bertentangan tidak sempat mengelak ke kiri sebelum berlanggar dan menyeret mangsa bersama motosikalnya sebelum melanggar tiang elektrik di bahu jalan sebelah kiri,” katanya di sini hari ini.


Tambah beliau, ekoran perlanggaran itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.- malaysiatoday


Komen


bottom of page