top of page

Warga emas dibunuh guna cangkul di Manjung

  • S.KUMARA
  • 1 Dis
  • 1 min membaca
ree

MANJUNG – Seorang lelaki warga emas telah ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumahnya di Kampung Koh dekat sini pada Sabtu.


Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa berusia 78 tahun ditemui oleh ahli keluarganya sebelum mereka segera membuat laporan di Balai Polis Kampung Koh.


Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat tersebut pada jam 1.30 tengah hari.


Katanya, siasatan awal polis mendapati mangsa dijumpai dalam keadaan terlentang dengan kecederaan parah pada bahagian kepala dan muka.


"Pemeriksaan di lokasi menemui sebatang cangkul yang mempunyai kesan darah dan dipercayai digunakan suspek untuk menyerang mangsa.


"Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.


Tambah beliau, hasil laporan forensik mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan tumpul dan tajam yang serius pada bahagian kepala.


Menurut Hasbullah,polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan motif kejadian masih dalam siasatan.


“Polis kini sedang mengesan suspek yang terlibat dalam pembunuhan terbabit dan usaha pengumpulan bukti serta keterangan saksi sedang giat dijalankan,” tegsnya lagi.


Komen


bottom of page