wartawan ada hak bebas tanya soalan- Fahmy Fadzil
- kumara885
- 1 Nov
- 1 min membaca

KUALA LUMPUR - Setiap wartawan mempunyai hak dan kebebasan untuk mengemukakan apa jua soalan dalam menjalankan tugas mereka selaras dengan prinsip keterbukaan dan saling menghormati antara media dan kerajaan.
Menteri Komunikasi mengesahkan bahawa insiden seorang menteri kerajaan Madani yang didakwa mengugut dan menghina seorang selepas wartawan itu bertanya tentang penggunaan bahasa Inggeris bagi tema pelancongan dalam satu acara rasmi telah dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusoff.
"Saya telah berhubung dengan menteri berkaitan mengenai isu ini dan beliau telah memberikan penjelasan dari perspektif beliau.
"Dalam mesyuarat Jemaah Menteri, saya telah menyatakan bahawa pendirian kerajaan adalah sangat jelas iaitu wartawan berhak dan bebas bertanya apa jua soalan dalam menjalankan tugas mereka sebagai wartawan.
"Setiap jawapan ataupun respons yang diberikan oleh menteri perlulah disampaikan dengan penuh berhemah berlandaskan prinsip keterbukaan, disamping saling menghormati antara media dan pihak kerajaan," katanya di sini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu diminta mengulas sama ada terdapat arahan khusus kepada menteri bahawa mereka boleh menghubungi organisasi media jika tidak berpuas hati dengan soalan wartawan.
Menjawab kepada pertanyaan itu, Ahmad Fahmy menjelaskan bahawa kerajaan tidak mengeluarkan sebarang arahan yang khusus mengenai perkara itu.
"Saya menyampaikan pandangan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, saya menegaskan bahawa Perdana Menteri sendiri terbuka menerima sebarang soalan dan pendirian kerajaan ialah wartawan berhak untuk bertanya apa jua soalan, jadi itu pendirian kerajaan," ujarnya lagi.
Mengulas lanjut berhubung perkara itu beliau juga menegaskan bahawa menteri berkenaan juga menyatakan komitmennya untuk bertemu dengan pengurusan Utusan Malaysia bagi menjernihkan keadaan.





Komen