top of page

Wartawan Awani meninggal dunia selepas buat liputan banjir Hatyai

  • S.KUMARA
  • 26 Nov
  • 1 min membaca
Wartawan Awani Asri Shafii meninggal dunia selepas selesai membuat liputan banjir di Hatyai, Thailand
Wartawan Awani Asri Shafii meninggal dunia selepas selesai membuat liputan banjir di Hatyai, Thailand

KANGAR – Seorang wartawan Astro Awani menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai membuat liputan proses pemindahan rakyat Malaysia yang terperangkap banjir di Hatyai, Thailand.


Mohamad Asri Shafii, 49, ditemui meninggal dunia oleh orang awam di Jalan Behor Pulai, di sini awal pagi tadi.


Isteri kepada Allahyarham Mohamad Asri, Norhanani Ahmad berkata, kali terakhir dia berhubung dengan arwah ialah menerusi aplikasi WhatsApp, di mana suaminya menyatakan hasrat untuk pulang ke Perlis kerana bimbang rumah dinaiki air.


Katanya, semasa dalam perjalanan pulang, difahamkan kereta arwah terperangkap dalam banjir dan tidak dapat dihidupkan.


“Arwah dikatakan cuba turun dari kereta untuk menolak kenderaan itu tetapi tiba-tiba dia rebah, mungkin akibat serangan jantung dan lemas. Dia juga ada sejarah sakit jantung sebelum ini,” katanya pada Rabu.


Sebagai rekod, Allahyarham Asri pernah bertugas sebagai wartawan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebelum menjadi wakil Astro Awani di Perlis.


Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam anak.


Komen


bottom of page