top of page

YB P.Prabakaran menyeru penghargaan kepada Pejabat Peguam Negara dan menegaskan kedaulatan undang-undang mesti diutamakan dalam kes tembakan di Durian Tunggal, Melaka.

  • malaysiatoday01
  • 31false02 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
  • 1 min membaca
PENGHARGAAN KEPADA PEJABAT PEGUAM NEGARA
PENGHARGAAN KEPADA PEJABAT PEGUAM NEGARA

Kuala Lumpur : YB P.Prabakaran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Peguam Negara atas tindakan profesional, berani dan berlandaskan prinsip undang-undang dalam mengendalikan kes tembakan melibatkan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka.


Keputusan untuk mengklasifikasikan semula kes tersebut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan membuktikan bahawa setiap warganegara Malaysia berhak dilindungi oleh undang-undang, tanpa mengira latar belakang, kedudukan atau pihak yang terlibat.


Prinsip kedaulatan undang-undang menuntut agar tiada sesiapa kebal daripada siasatan dan pertanggungjawaban, termasuk sekiranya perbuatan tersebut melibatkan penjawat awam atau badan berautoriti. Undang-undang mesti ditegakkan secara adil, telus dan saksama demi menjamin keadilan kepada semua.


Prabakaran juga mengatakan pendekatan ini mencerminkan roh Kerajaan MADANI yang menjunjung nilai keadilan, integriti, akauntabiliti dan kemanusiaan, serta memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi perundangan dan penguatkuasaan negara.


Saya yakin proses siasatan yang menyeluruh dan bebas akan memastikan kebenaran ditegakkan serta keadilan diberikan kepada semua pihak yang terlibat, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip demokrasi berperlembagaan kata beliau.



Komen


bottom of page