

Search Results
329 hasil ditemukan dengan carian kosong
- Bot karam Langkawi: angka kematian meningkat kepada 34 orang
angka kematian bot karam di Langkawi kini cecah 34 orang LANGKAWI - Lima lagi mayat ditemukan pada hari keempat operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi bot karam yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) berhampiran sempadan maritim Malaysia–Thailand. Penemuan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan warga asing yang terkorban kini meningkat kepada 34 orang. Daripada jumlah itu, 25 mayat ditemui di perairan Malaysia, manakala sembilan lagi dikesan di perairan Thailand. Setakat ini, 14 mangsa dilaporkan terselamat dan kesemuanya ditemui di perairan Malaysia. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, penemuan mayat terbaharu itu melibatkan lima lelaki dewasa hasil operasi bersepadu bersama pelbagai agensi penyelamat pada Rabu. “Sekitar jam 10.10 pagi, Polis Marin menemui satu mayat lelaki terapung berhampiran Pulau Singa Besar. Mayat itu dibawa ke jeti Maritim Malaysia sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. “Tidak lama selepas itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat melaporkan penemuan satu lagi mayat lelaki dewasa di Selat Chincin berhampiran Pulau Anak Datai,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. Tambah beliau, satu lagi mayat ditemukan pada jam 3.16 petang berhampiran Pulau Rebak Besar, manakala mayat keempat dikesan berhampiran Tanjung Hulor beberapa minit kemudian. “Mayat kelima pula ditemui oleh helikopter Jabatan Bomba berhampiran Pulau Rebak Besar sebelum dibawa naik menggunakan bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” ujar beliau. Operasi SAR pada Rabu turut disertai lebih 200 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Maritim Malaysia, Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta APM. Sebanyak 14 aset udara dan laut digerakkan dengan kawasan pencarian diperluas kepada 329.67 batu nautika persegi, dibahagikan kepada 14 sektor utama bagi meningkatkan keberkesanan pencarian.- malaysiatoday
- PRN Sabah: BN umum 4 calon tambahan, bertembung dengan PKR di Karamunting
Bung Mokhtar Radin KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah pada Rabu mengumumkan empat lagi calon tambahan untuk empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 kali ini. Perkembangan terkini itu menjadikan secara keseluruhan BN akan bertarung di 45 kerusi DUN pada PRN kali ini sebagai langkah memperkukuh barisan kepemimpinan dan kesiapsiagaan parti menghadapi pilihan raya tersebut. Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata keputusan dibuat selepas meneliti perkembangan mutakhir serta hasil rundingan yang diperhalusi bagi memastikan representasi parti lebih menyeluruh dan strategik. "Kerusi-kerusi tambahan ini diputuskan selaras dengan aspirasi BN untuk memastikan representasi yang lebih menyeluruh, berimbang dan strategik, sesuai dengan keperluan rakyat serta dinamika politik negeri," katanya dalam kenyataan pada hari ini. Empat calon baharu yang diterpilih bertanding ialah Willey Lampaki bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N06 Bandau; Rahmah Jan Sulaiman (N43 Kemabong); Datuk Chin Kim Hiung (N54 Karamunting) dan Chaya Sulaiman (N70 Kukusan). Beliau berkata penambahan itu mencerminkan komitmen berterusan BN Sabah untuk memastikan setiap komuniti di kawasan pilihan menerima pembelaan serta khidmat terbaik daripada calon berwibawa dan bersedia menggalas amanah rakyat. "Jentera parti di semua peringkat diminta untuk menggiatkan persiapan dan melaksanakan gerak kerja secara tersusun, inklusif dan berfokus demi memastikan kemenangan dan mandat rakyat kembali kepada BN," katanya. Dalam pada itu, BN dilihat bakal bertembung dengan parti gabungan Perpaduan Madani iaitu PKR yang turut meletakkan calon di DUN Karamunting.
- Kes bunuh pempengaruh Taiwan: Kertas Siasatan sudah diangkat ke TPR
Kes bunuh pempengaruh Taiwan: Kertas Siasatan sudah diangkat ke TPR KUALA LUMPUR - Polis telah melengkapkan kertas siasatan membabitkan kes siasatan ke atas penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau Namewee berhubung kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kertas siasatan itu telahpun dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Rabu. "Kertas siasatan kes ini telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini. "Kita masih menunggu arahan lanjut dari TPR," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Pada Isnin lalu, tempoh reman ke atas Namwee telah disambung selama tiga hari lagi bermula 11 hingga 13 November ini untuk membantu siasatan. Sebelum ini, Namwee tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 5 November lalu selepas dikaitkan dengan kematian seorang pempengaruh wanita Taiwan yang ditemui tidak bernyawa di sebuah lokasi di ibu negara. Fadil sebelum ini memaklumkan bahawa kes tersebut pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), ia kemudian disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh kerana disyaki membabitkan unsur jenayah. Difahamkan, Namewee ditahan selepas disyaki berada di lokasi kejadian ketika insiden kematian wanita Taiwan itu berlaku.- malaysiatoday
- Hutang RM10,000, pendandan rambut dibogel, dipukul ah long
Pendandan Rambyt yang dibogel dan dipukul ah long kerana hutang RM10,000 semasa sidang media di KL KUALA LUMPUR - Gara-gara gagal melunaskan pinjaman ah long kira-kira RM10,000, seorang pendandan rambut melalui detik menderita apabila dia ditampar, dipukul dan dibogelkan sekumpulan tiga lelaki di tandas sebuah pusat beli-belah di Subang Jaya dalam insiden pada Sabtu. Lelaki yang dikenali sebagai Danish, 34, berkata, dia dihubungi ejen syarikat pemberi pinjaman wang tanpa lesen. "Ejen itu kemudian mengarahkan saya untuk datang berjumpa bagi membincangkan cara untuk menyelesaikan pinjaman wang yang dibuat pada awal September lalu," katanya dalam sidang media di Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) di sini pada Rabu. Menurut Danish, dalam kejadian pada jam 11.30 petang, beg, dompet serta telefon bimbit jenis Vivo turut dirampas tiga lelaki yang didakwa bersenjatakan pisau. "Saya kemudian dibawa ke tandas berhampiran sebuah restoran makanan segera sebelum dipukul oleh suspek terbabit dan diarahkan membuka pakaian. Dalam keadaan tidak berpakaian, tiga lelaki terbabit merakam video dan mengambil gambar," katanya. Lelaki itu berkata, ah long itu kemudian bertindak berkongsikan video dan gambarnya dalam keadaan bogel itu kepada semua senarai kenalan dalam telefon bimbit termasuk kumpulan aplikasi WhatsApp. "Kesan daripada tindakan suspek itu, saya menerima keaiban yang melampau dalam kalangan rakan tempat kerja, ahli keluarga dan saudara-mara," tegasnya. Danis mendakwa dia hanya membuat pinjaman wang sebanyak RM1,000 namun sebaliknya hanya menerima RM500 selepas ah long memaklumkan bahawa RM500 lagi telah dipotong dan dikira sebagai caj servis. "Hutang itu kemudian meningkat sebanyak RM300 sehari sekiranya RM1,000 yang dipinjam gagal dilunaskan dalam tempoh ditetapkan dan faedah baru sebanyak RM450 sejam akan dikenakan sekiranya caj lewat tiga hari turut gagal dijelaskan sehinggalah hutang saya sudah menjadi nilai keseluruhan RM10,000. "Saya membuat pinjaman wang daripada ah long ini atas faktor kecemasan yang dihadapi pada masa itu dan kini saya menyesal atas langkah yang saya buat," katanya. Katanya, dua laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.
- PRN Sabah: PN tanding 41 kerusi, termasuk calon Ronald Kiandee
Prengerusi PN Tan Sri Muhyiddin bersama Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin umum PN bertanding 41 kerusi DUN dalam PRN Sabah 29 November ini. PENAMPANG - Perikatan Nasional (PN) akhirnya mengumumkan penyertaannya dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 kali ini apabila mengisytiharkan partinya akan bertanding di 41 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kali ini. Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Aliakbar Gulasan merupakan antara calon dikemuka bersama 90 peratus calon muka baharu diturunkan ke medan pilihanraya untuk meraih kerusi di Sabah kali ini. Kesemua calon itu akan bertanding menggunakan lambang PN pada PRN kali ini. Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, daripada jumlah calon tersebut, seramai 33 orang daripadanya adalah dari parti beliau Bersatu sendiri, manakala lima lagi merupakan calon Pas dan tiga dari Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). "Walaupun mereka muka baharu tetapi masing-masing mempunyai rekod yang agak baik dan cemerlang, baik dari segi profesion mereka. Sebahagian besar umur pun masih muda dan telah melalui serta melulusi proses saringan yang kita fikir penting untuk diletakkan sebagai calon. "Kenapa kami pilih tanding 41 (satu kerusi belum umum), kami berasakan itu sudah lebih daripada mencukupi untuk membentuk kerajaan apabila kami menang nanti. Kami telah melalui satu proses menyeluruh menilai setiap kawasan DUN yang ingin ditandingi dan ini adalah jumlah yang kami anggap munasabah serta praktikal. "Kami telah melalui satu proses menyeluruh menilai setiap kawasan DUN (Dewan Undangan Negeri) yang ingin ditandingi dan ini adalah jumlah yang kami anggap munasabah serta praktikal," katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis pengumuman calon PN untuk PRN Sabah di sini pada malam Selasa. Mengulas lanjut Muhyiddin yang merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, berdasarkan maklumat di lapangan diperoleh oleh Ronald dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kerusi yang disenaraikan merupakan yang terbaik untuk PN tandingi. "Kami sedar mungkin parti lain juga berminat untuk bertanding di kerusi yang sama, namun itu tidak menjadi masalah... semakin ramai, semakin meriah. Apa yang penting, kami yakin pengundi Sabah cukup matang dan berkelayakan untuk menilai calon yang bertanding dan kami berharap mereka akan memberi peluang kepada Bersatu atau PN untuk menjadi pilihan serta memenangi pilihan raya kali ini," katanya. Selain itu bekas Perdana Menteri itu juga menyatakan kesediaan PN untuk menjalinkan kerjasama dan ia merupakan antara strategi PN untuk membentuk kerajaan selepas PRN nanti.-malaysiatoday
- Letupan bom di Delhi: 7 tangkapan, wanita antara 4 Doktor turut diberkas, disiasat NSA
10 terbunuh manakala 20 cedera dalam letupan bom kereta di New Delhi pada malam Isnin lalu. NEW DELHI, INDIA : Polis India telah memulakan siasatan di bawah Akta Pencegahan Aktiviti Haram (UAPA) selepas letupan kereta jenis Hyundai i20 maut berhampiran Red Fort yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan 20 lagi cedera, menurut laporan media tempatan. Siasatan telah diperhebatkan diketuai oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan atau National Security Agency (NSA) yang diketuai Pengarahnya Ajit Doval. Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah, yang melawat lokasi kejadian serta Hospital Lok Nayak tempat mangsa dibawa, menjanjikan siasatan menyeluruh terhadap insiden itu, lapor Al Jazeera. “Kami sedang menyiasat semua kemungkinan dan akan menjalankan siasatan penuh, mengambil kira semua kemungkinan. "Keputusan siasatan akan disampaikan kepada umum,” kata Amit Shah. Beliau turut memberi jaminan kepada rakyat India bahawa pihak yang bertanggungjawab di sebalik letupan itu akan diburu sehingga ke lubang cacing dan dihukum tegas demi membela keadilan. Rentetan insiden itu, kawalan keselamatan telah diperketatkan di beberapa lokasi tumpuan utama awam. Sempadan negara India juga diletakkan pada kawalan keselamatan tinggi sementara Amit Shah bersama pegawai kanan keselamatan negara telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bertahap tinggi dan serius mengenai insiden itu dan tindakan selanjutnya. Dalam perkembangan terkini polis khas dan NSA berjaya membuat tangkapan ke atas tujuh orang suspek termasuk 4 orang suspek yang kesemuanya merupakan doktor perubatan termasuk seorang wanita yang disyaki 'mastermind' membantu suspek letupan bom kereta itu yang dipercayai datang dari Jammu Kashmir. Sementara, ahli keluarga suspek memandu kereta bom itu terdiri daripada ibu bapa sekeluarga turut ditahan oleh NSA dan Polis Delhi untuk membantu siasatan kes tersebut. Laporan di Delhi turut menyebut bahawa pasukan Polis Khas dari Delhi juga telah memperhebatkan kawalan ketat dan pemantauan menggunakan anjing K9 di semua stesen rel metro di ibu kota itu termasuk lapangan terbang antarabangsa. Perdana Menteri Narendra Modi yang kini dalam lawatan kerja rasmi ke Bhutan turut menegaskan dalam ucapan rasmi dari negara itu bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku yang bertanggungjawab ke atas letupan tidak berperikemanusiaan itu.-NDTV
- Pempengaruh Taiwan dibunuh: Namewee dipercayai ada hubungan istimewa dengan mangsa - Polis
KUALA LUMPUR - Penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee dipercayai mempunyai hubungan istimewa dengan pempengaruh wanita warga Taiwan yang ditemui maut di sebuah hotel di ibu negara pada Oktober lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati Namewee disyaki telah bersama mangsa sejak dari luar negara sehingga kedua-dua mereka berada di negara ini. “Setakat ini, siasatan mendapati lelaki itu memang mempunyai hubungan istimewa dengan mangsa. "Kita juga telah merakam keterangan semua saksi yang terlibat dalam kes ini," katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Deepavali di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur di sini pada Selasa. Mengulas mengenai status siasatan kes terbabit, Fadil menambah bahawa, perkembangan siasatan setakat ini adalah positif dan ketika ini pihak polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat serta laporan toksikologi daripada hospital. "Lelaki itu juga memberi kerjasama penuh dalam membantu siasatan polis," jelasnya lagi. Dalam pada itu, Fadil juga memaklumkan bahawa setakat ini mayat wanita Taiwan itu masih belum dituntut oleh ahli keluarganya. "Ada individu yang cuba menuntut (mayat) tetapi tidak dibenarkan kerana tiada 'authorization'. Oleh itu, Kita meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang keluarga mangsa untuk tampil membantu siasatan. "Siasatan masih diteruskan dan kita akan usahakan lagi berdasarkan bukti yang ada. Kita akan kemukakan cadangan (pertuduhan) kepada (pejabat) Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat (sebaik kertas siasatan dilengkapkan)," tegasnya. Pada Isnin lalu, Namewee yang direman enam hari sebelum ini telah disambung reman tiga hari lagi bermula Selasa hingga Khamis 13 November ini untuk membantu siasatan berkaitan kes tersebut. Fadil dilaporkan berkata, Namewee disambung reman tiga hari lagi setelah tempoh reman reman Namewee bermula 5 November lalu tamat pada 10 November lepas. Sebelum ini, Fadil dilaporkan berkata, pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaaan sebagai mati mengejut (SDR), namun kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Katanya, tangkapan Namewee menyusul selepas difahamkan dia berada di lokasi itu ketika kejadian berlaku. Tegasnya, siasatan dalam kes ini masih berjalan dan polis melihat dari semua sudut termasuk individu terakhir yang bersama mangsa akan disiasat.-malaysiatoday
- Angka korban bot karam Langkawi meningkat kepada 29 orang
Foto:APMM LANGKAWI – Angka terkorban dalam tragedi bot karam yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan sempadan Malaysia–Thailand kini meningkat kepada 29 orang dengan penemuan empat lagi mayat mangsa pada petang Selasa. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, penemuan terbaharu itu melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita, masing-masing ditemui di sekitar perairan Tanjung Belua dan Pulau Intan Kecil. Katanya, seorang mangsa lelaki dewasa turut berjaya diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira jam 12.49 tengah hari pada jarak 0.1 batu nautika dari Tanjung Belua. “Mangsa dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut oleh pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Selasa. Tambah beliau, penemuan mayat pertama dimaklumkan oleh orang awam yang menemukan seorang wanita berhampiran Pulau Intan Kecil. Katanya, mayat itu kemudian dibawa oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke jeti untuk proses serahan. "Tidak lama kemudian, Jabatan Laut Malaysia (JLM) memaklumkan penemuan mayat lelaki di barat Tanjung Belua, diikuti penemuan kedua oleh Kapal Maritim (KM) SIANGIN, kira-kira 1.6 batu nautika dari lokasi sama. "Manakala, penemuan terakhir direkodkan pada jam 4.13 petang apabila bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) FCB 1331 yang menjumpai satu lagi mayat lelaki sekitar 1 batu nautika dari Tanjung Belua," ujarnya lagi. Beliau turut memaklumkan bahawa, setakat jam 5.30 petang, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) yang memasuki hari ketiga menyaksikan 14 orang diselamatkan, iaitu 12 lelaki dan dua wanita. Jelasnya, setakat ini, 29 orang disahkan maut, termasuk sembilan lagi mayat yang ditemukan oleh pihak berkuasa Thailand di perairan negara berkenaan. Romli turut meminta orang awam yang menjumpai mangsa agar segera menghubungi Pusat Operasi Maritim Malaysia Kedah dan Perlis di talian 04-966 2750 atau talian kecemasan 999.- malaysiatoday
- Kes tembak mati warga Malaysia: Polis Thailand buru adik suspek utama
NARATHIWAT - Polis Thailand sedang mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak mati seorang rakyat Malaysia di pekan Sungai Golok, selatan Thailand, pada 1 November lepas. Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej Jen Prayong Kotsakha berkata, suspek berkenaan dikenali sebagai Salip Samae, 27, yang merupakan penduduk tempatan di pekan itu. Beliau berkata, siasatan mendapati Salip merupakan adik kepada seorang lagi suspek, Alif Samae, 31, yang telah menyerah diri kepada polis pada 2 November. "Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada suspek memiliki dua kerakyatan atau sebaliknya. Jika dia melarikan diri ke negara jiran, kemungkinan besar laluan yang digunakan adalah laluan haram,” katanya kepada media Malaysia menerusi jurubahasa tempatan baru-baru ini. Prayong berkata, pihaknya sedang giat mengesan suspek dan melaksanakan sekatan jalan raya bagi membantu siasatan serta menyelesaikan kes pembunuhan itu. Pada 2 November lalu, media melaporkan seorang lelaki rakyat Malaysia maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan berkenaan. - Bernama
- Bot karam Langkawi: angka kematian meningkat kepada 25 orang
Angka kematian akibat bot karam di perairan Langkawi meningkat kepada 25 orang LANGKAWI - Tragedi bot karam yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan sempadan Malaysia–Thailand terus meragut nyawa. Dalam perkembangan terbaharu pada Selasa, pihak berkuasa telah menemui empat lagi mayat pendatang asing sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan individu yang terkorban meningkat kepada 25 orang. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Romli Mustafa berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan terbaharu mayat seorang lelaki dewasa berhampiran Pulau Beras Basah. “Bertindak atas maklumat terkini itu, sebuah aset Maritim Malaysia telah digerakkan ke lokasi dan mayat tersebut berjaya dibawa ke jeti sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Tidak lama selepas itu, Maritim Malaysia turut menemukan mayat seorang kanak-kanak lelaki yang terapung di perairan Tanjung Chincin, diikuti penemuan satu lagi mayat yang belum dikenal pasti identitinya di kawasan sama. Kesemua mayat yang ditemui itu telah dibawa ke Teluk Ewa untuk proses dokumentasi dan proses siasatan. Pada jam 11.20 pagi, aset milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut melaporkan penemuan satu lagi mayat kanak-kanak lelaki berhampiran Tanjung Belua, yang kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa. Tambah Romli, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan dengan kerjasama pelbagai agensi bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang. “Maritim Malaysia bersama semua agensi sokongan kekal komited dalam usaha mengesan mangsa yang belum ditemukan. Kami akan terus memperluas kawasan pencarian,” tegas beliau. malaysiatoday
- Isu pemain warisan tak ganggu persiapan Cklamovski bertemu Nepal
Peter KUALA LUMPUR - Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski kekal tenang dan meneruskan perancangannya menjelang perlawanan menentang Nepal dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 pada 18 November ini. Walaupun isu tujuh pemain warisan hangat diperkatakan, ia langsung tidak dilihat menganggu fokus dan komitmen beliau untuk mempersiapkan skuad menghadapi Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti. Ketua Jurulatih dari Australia itu berkata, beliau lebih memilih untuk memberi tumpuan kepada perkara yang boleh dikawal olehnya dan pemain, berbanding terganggu dengan spekulasi atau suara luar. "Bagi saya, ia mudah. Ia bukan satu masalah kerana segala tumpuan adalah pada perkara yang boleh saya kawal, iaitu memastikan setiap hari berjalan dengan baik. "Apa orang nak cakap atau fikirkan, ia diluar kawalan saya. Saya cuma berharap dapat membuat rakyat Malaysia berbangga dengan cara kita bermain, identiti bola sepak kita, keputusan diperoleh dan menamatkan kalendar antarabangsa 2025 tanpa kalah dengan bermain bola sepak yang baik, menjaringkan gol serta mengekalkan rekod bersih,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sini. Sebelum ini Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan oleh Persekutuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel. Jawatankuasa Rayuan FIFA mengekalkan hukuman dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu terhadap FAM dan tujuh pemain warisan atas kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen di bawah Perkara 22 Kod Disiplin FIFA (FDC). Susulan itu, FAM diarahkan membayar denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CFH2,000 (sekitar RM11,000). Ketujuh-tujuh pemain berkenaan turut digantung selama 12 bulan daripada aktiviti berkaitan bola sepak. Tunku Mahkota Ismail selaku penasihat Harimau Malaya membidas tindakan FIFA sebagai menyalahgunakan undang-undang. Dalam pada itu, Cklamovski mengakui turut terinspirasi dengan semangat dipamerkan barisan pemain yang tetap komited walaupun wujud ketidapastian mengenai kelayakan beberapa pemain warisan. "Saya terinspirasi untuk bekerja setiap hari bersama pemain yang ada. Terdapat satu tenaga istimewa dalam kumpulan ini - disiplin, fokus dan profesional. "Kita tidak boleh pandang remeh perkara ini. Kita perlu bekerja keras, kekal rendah diri dan terus membina bola sepak kita kerana kita bakal berdepan lawan sukar pada Selasa nanti,” katanya. Sementara itu, Cklamovski berkata, kesemua pemain yang dipanggil ke kem kebangsaan dijangka melapor diri hari ini bagi meneruskan latihan persiapan bertemu Nepal minggu ini.
- Pengasas eHATI antara dua individu dikenakan waran tangkap
Shazeli SHAH ALAM – Dua termasuk pengasas eHATI kini dikehendaki polis selepas waran tangkap dikeluarkan terhadap mereka. Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar sambil mengesahkan perkara itu berkata, tindakan itu diambil kerana kedua-dua individu itu gagal menghadirkan diri sewaktu pertuduhan hendak dilaksanakan di mahkamah. “Saya sahkan, memang ada dua waran tangkap dikeluarkan ke atas dua individu termasuk pengasas eHATI. “Ini kerana kegagalan untuk hadir pada mahkamah sewaktu pertuduhan hendak dijalankan,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, Selasa. Beliau bagaimanapun mengambil pendirian untuk tidak mendedahkan lokasi kedua-dua yang dikehendaki itu melarikan diri selepas ditanya pemberita dalam sidang media tersebut. “Itu saya tidak kongsikan sebab kita sedang berusaha mencarinya,” katanya secara ringkas. Sebelum ini, difahamkan bahawa pengasas dan seorang individu yang dikenakan waran tangkap itu sepatutnya didakwa pada 14 Oktober lalu bersama pasangan suami yang juga doktor kesihatan dan kecantikan. Malah, polis mendedahkan seramai 95 individu telah dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15 di sini, pada September tahun lalu. Siasatan polis turut mendapati berlaku adegan bogel dalam acara Queen’s Night dalam penganjuran itu melibatkan empat individu yang merupakan fasilator bagi program tersebut.- malaysiatoday










