top of page


HIGHLIGHTS


Lelaki mati berbalas tembakan dengan polis
Seorang lelaki mati berbalas tembakan dan polis menjumpai pistol Colt 45, peluru Kynoch, serta dadah dalam kereta suspek. Foto Awani/PDRM SEPANG -Seorang penjenayah lelaki mati ditembak selepas berbalas tembakan dengan polis dalam kejadian yang berlaku di Batu 8, Jalan Banting - Dengkil di sini pada Isnin. Polis memaklumkan bahawa kejadian berlaku pada jam lebih kurang 8.10 malam apabila sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)
S.KUMARA
25 Nov1 min membaca


'Robin Hood' dalang sebenar sindiket dadah RM76 juta tersungkur
KUALA SELANGOR –Perlakuan seorang lelaki tempatan yang berlagak dengan watak 'Robin Hood' dalam kalangan penduduk kampung dalam soal kebajikan membongkar wajah sebenar individu itu yang rup-rupanya merupakan dalang utama sindiket memproses dan mengedar dadah di sebalik perniagaan besi buruk, ladang ayam dan penternakan lembu selama ini. Suspek berusia lingkungan 30-an itu dipercayai selama ini menunjukkan imej dermawan, sering memberi bantuan kewangan serta mudah menghulur pe
S.KUMARA
24 Nov3 min membaca


Gol gunting Ronaldo tambah koleksi gol ke-955 karier
Gol gunting dijaringkan Ronaldo menambah koleksi gol karier ke-955 setakat ini. BINTANG sensasi bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo sekali lagi membuktikan bahawa usianya hanyalah angka apabila meledakkan gol hasil jaringan akrobatik luar biasa, sekali gus membantu Al-Nassr membelasah Al Khaleej 4-1 dalam aksi Liga Pro Saudi pada Isnin. Kapten Portugal berusia 40 tahun itu menyambut hantaran lintang dari sayap kanan dengan melakukan sepakan gunting deras yang tidak memberi se
S.KUMARA
24 Nov1 min membaca


Kes bunuh, liwat bayi 9 bulan: ‘Kau binatang, bukan manusia’
Reaksi ibu mangsa di media sosial. Kredit media sosial SHAH ALAM – “Kau tak layak dipanggil manusia, tetapi binatang.” Demikian luahan seorang ibu selepas pelaku yang membunuh anak lelakinya berusia sembilan bulan pada tahun 2021 akhirnya telah dijatuhkan hukuman berat atas kesalahan meliwat dan membunuh bayi tersebut. Menerusi satu hantaran di Facebook, pengguna akaun BiEy Adawiah mengakui bahawa dia berasa kesal dengan tindakan pelakunya iaitu suami kepada pengasuh anaknya
S.KUMARA
24 Nov2 min membaca


Air mani di dubur bayi usia 9 bulan, suami pengasuh dijel 30 tahun, 13 sebatan
Mohamed Badruldin dihukum penjara 30 tahun dan 13 sebatan atas tuduhan meliwat dan membunuh anak asuhan isterinya. Gambar fail Sinar Harian SHAH ALAM – Selepas empat tahun didakwa meliwat dan membunuh anak asuhan isterinya yang berusia sembilan bulan, seorang penganggur akhirnya dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini. Tertuduh Mohamed Badruldin Mohamed, 40, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduh
S.KUMARA
24 Nov2 min membaca


Banjir semakin buruk, 10, 914 mangsa dipindahkan di lapan negeri
SHAH ALAM – Keadaan bencana banjir di seluruh negara khususnya di lapan negeri bertambah buruk. Mengikut laporan terkini, jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat kepada 10, 914 orang setakat jam 10.30 pagi pada Isnin, dengan lapan negeri masih terjejas. Laporan terkini Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan bahawa jumlah itu melibatkan 3,872 keluarga dengan 71 pusat pemindahan sementara (PPS) yang aktif. Negeri Pantai Timur Kelantan masih kekal m
S.KUMARA
24 Nov2 min membaca


Lelaki hilang 45 tahun kembali kepada keluarga selepas ingatan pulih
SHIMLA – Seorang lelaki dari daerah Sirmaur, Himachal Pradesh yang hilang selama 45 tahun akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya selepas mengalami hentakan kepala baharu yang memulihkan ingatannya semula. Kisah meruntun jiwa itu bermula pada tahun 1980 apabila Rikhi yang ketika itu berusia 16 tahun hilang selepas mengalami kecederaan parah di kepala dalam satu insiden nahas jalan raya semasa bekerja di sebuah hotel di Yamunanagar, Haryana. Akibat daripada hentakan kuat itu,
EDITOR
23 Nov2 min membaca


Sadio Mane kagum dengan karakter luar biasa Ronaldo
PENYERANG Al Nassr, Sadio Mane menyatakan kekaguman terhadap karakter dan mentaliti Cristiano Ronaldo sekali gus menyifatkan bintang Portugal itu sebagai contoh kepada setiap pemain bola sepak di dunia. Mane yang menyertai Al Nassr dari Bayer Munich dua musim lalu berkongsi pandangan jujurnya dalam temubual bersama bekas pemain Manchester United, Rio Ferdinand. Pemain Senegal itu yang berpindah ke Liga Pro Saudi pada 2023 kini membentuk kerjasama bersama Ronaldo di jentera se
kumara885
23 Nov1 min membaca


2,000 barista Starbucks lancar mogok di 65 bandar
WASHINGTON – Seramai 2,000 pekerja Francais Starbucks di sini melancarkan mogok selama beberapa hari melibatkan 95 kafe kopi premium tersebut di 65 bandar Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita United Press International. Mogok itu bermula pada Red Cup Day, hari jualan terbesar Starbucks dalam setahun pada 13 November lalu. “Semalam (kelmarin), barista memulakan mogok di pusat pengedaran pantai timur Starbucks. Hari ini (semalam), kedai kesatuan di 25 bandar telah menye
Editorial
21 Nov1 min membaca


Semua kes atas kerajaan ditarik jika anak Indira dikembalikan- kata dua Arun kepada kerajaan
KUALA LUMPUR - Sekiranya kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar ikhlas membantu mencari dan mengembalikan anak perempuan M.Indira Gandhi daripada bekas suami, segala kes saman sivil ke atas kerajaan akan digugurkan". Itu kata dua Pasukan Tindakan Indira Gandhi (Ingat) kepada polis dan kerajaan dalam usaha untuk mendapatkan semula anak Indira seperti yang diperintahkan oleh mahkamah sebelum ini kepada polis dan kerajaan. Pengerusinya, Arun Doraisamy juga memberi
S.KUMARA
20 Nov2 min membaca


Jangan pulau, bekas penagih layak jalani kehidupan lebih baik
Ruslin berucap di program Ramah Mesra Ketua Pengarah AADK bersama Media 2025 di Putrajaya. FOTO: Ihsan AADK PUTRAJAYA - Setiap insan di dunia ini layak hidup bermasyarakat, jika kita pulaukan bekas penagih yang pulih dari rawatan tanpa memberikan peluang kedua untuk insaf dan hidup berkeluarga serta bermasyarakat, siapa lagi akan membela insan ini? Itu harapan tinggi dan seruan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh kepada masyarakat agar beka
Editorial
20 Nov2 min membaca


Peka perubahan tingkah laku, tekanan emosi anggota - KPN
Mohd Khalid Ismail KUALA LUMPUR - Kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penyelia di semua peringkat diseru supaya lebih peka terhadap tanda-tanda kemurungan, tekanan emosi serta perubahan sikap pegawai dan anggota bawahan. Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, isu kesejahteraan mental sering berpunca daripada bebanan kehidupan dan tekanan melampau yang jika tidak ditangani awal boleh menjejaskan prestasi serta disiplin warga pasukan. "Diharapkan agar
EDITOR
19 Nov1 min membaca


PRN ke-17 Sabah: Seramai 596 calon daripada 24 parti bertanding
Pertandingan 6 penjuru berlaku melibatkan 13 DUN di PRN Sabah kali ini menyaksikan jumlah paling besar kali ini. KOTA KINABALU – Seramai 596 calon bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 Sabah pada 29 November ini. Kesemua calon itu mewakili 24 parti ;politik serta calon Bebas disahkan layak bertanding selepas proses penamaan calon ditutup jam 10 pagi pada Sabtu minggu lalu. Proses penamaan calon berlangsung serentak di 25 Pusat Penamaan Calon (PPC) melibatkan 73 ke
Editorial
19 Nov1 min membaca


Remaja antara tiga suspek ditangkap kes tembak mati lelaki SOSMA di Klang
Tiga suspek termasuk remaja ditangkap membaantu kes tembak lelaki rekod SOSMA di Klang Oktober lalu Remaja antara tiga suspek ditangkap kes tembak lelaki rekod SOSMA di Klang SHAH ALAM – Seorang remaja antara tiga suspek lelaki berjaya diberkas oleh polis untuk membantu siasatan kes tembak mati seorang lelaki yang memiliki rekod jenayah bawah SOSMA di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang dekat sini Oktober lalu. Ketua Polis Selangor Komisioner Datuk Shazeli Kahar berka
S.KUMARA
14 Nov2 min membaca


7 penguat kuasa direman berkait program pemutihan pendatang asing
PUTRAJAYA - Seramai tujuh pegawai agensi penguat kuasa ditahan reman mulai Khamis selepas disyaki terlibat rasuah bagi mempercepat proses permohonan program pemutihan pendatang asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK). Perintah reman selama tiga hari bermula Khamis sehingga Sabtu ini terhadap mereka telah dikeluarkan oleh Majistret Izra Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pad
S.KUMARA
14 Nov1 min membaca


Sindiket 'Pade Ajak' aktif seludup migran guna khidmat media sosial tersungkur
KUALA LUMPUR – Sindiket dikenali sebagai geng ‘Pade Ajak’ yang aktif menyeludup migran dengan menawarkan khidmat haram melalui media sosial tersungkur di tangan pihak berkuasa. Kumpulan itu ditahan dalam satu serbuan mengejut yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen di daerah Kuala Selangor pada Selasa. Serbuan hasil risikan dan maklumat itu dilaksanakan sepasukan Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) serta Bahagian Pengubahan Wang Haram
S.KUMARA
13 Nov2 min membaca


Pempengaruh Taiwan dibunuh: Namewee dipercayai ada hubungan istimewa dengan mangsa - Polis
KUALA LUMPUR - Penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee dipercayai mempunyai hubungan istimewa dengan pempengaruh wanita warga Taiwan yang ditemui maut di sebuah hotel di ibu negara pada Oktober lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan mendapati Namewee disyaki telah bersama mangsa sejak dari luar negara sehingga kedua-dua mereka berada di negara ini. “Setakat ini, siasatan mendapati lelaki itu memang mempunyai hubunga
S.KUMARA
12 Nov2 min membaca


Lelaki mati ditembak di Klang dikehendaki polis, rekod jenayah SOSMA - Polis
Seorang lelaki yang maut ditembak dalam insiden di stesen minyak, Klang baru-baru ini dikehendaku bawah SOSMA. SHAH ALAM - Seorang lelaki yang maut ditembak mati dalam satu insiden di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang, pada Jumaat 7 November lalu dipercayai berada dalam senarai dikehendaki pihak polis. Ketua Polis Selangor Komisioner Datuk Shazeli Kahar berkata, semakan polis turut mendapati mangsa memiliki rekod jenayah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-
S.KUMARA
11 Nov1 min membaca


Sindiket jual jual cop keselamatan palsu kepada warga asing tumpas
Antara barang rampasan daripada sindiket menjual cap keselamatan palsu kepada warga asing di Seri Kembangan. SERDANG – Kegiatan sindiket menjual cap keselamatan palsu kepada warga asing akhirnya terbongkar dan berjaya ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia kali ini. Seramai tujuh individu termasuk tiga wanita warga Vietnam berjaya ditangkap oleh Jabatan Imigresen dalam satu serbuan tergempar yang dilaksanakan di sebuah rumah di kawasan Seri Kembangan di sini pada Isnin. Ketua
S.KUMARA
11 Nov1 min membaca


UPKO sah 'bercerai' dengan PH serta merta
UPKO sah tinggalkan PH serta merta. Foto FB Ewon Benedick Official Media KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengumumkan keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) berkuat kuasa serta-merta pada hari ini. Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Nelson W Angang berkata, keputusan tergempar itu dicapai secara sebulat suara dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO yang telah diadakan hari ini. Katanya lagi, mesyuarat itu diadakan bertujuan untuk membi
S.KUMARA
11 Nov2 min membaca
bottom of page