top of page


All Posts


Liga Juara-juara: Liverpool dimalukan lagi di Anfield
NASIB kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool terus bertambah parah apabila dimalukan lagi di tempat sendiri Anfield dalam pada awal pagi Khamis apabila mereka dilanyak 1-4 oleh PSV Eindhoven dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL). Keputusan itu sekali gus merekodkan kekalahan pertama the Kops di Anfield dalam 14 perlawanan peringkat kumpulan kejohanan elit Eropah tersebut. Couhaib Driouech menjadi pemangkin utama kemenangan PSV dengan dua jaringan, manakala Ivan Perisic me
kumara885
28 Nov 20251 min membaca


SPRM rekod keterangan Sofia Rini
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan daripada wanita yang berada dalam klip video perbualan melibatkan tohmahan berkaitan isu rasuah terhadap bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. Wanita terbabit dikenali sebagai Sofia Rini Buyong telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 2 petang pada Khamis untuk menjalani proses memberi keterangan kepada pihak berkuasa tersebut. S
S.KUMARA
28 Nov 20251 min membaca


Lebih 6,000 rakyat Malaysia terperangkap banjir di Thailand selamat dibawa pulang - PM
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lebih 6,000 rakyat Malaysia yang terperangkap akibat bencana banjir di Selatan Thailand telah selamat tiba di tanah air sejak operasi menyelamat digerakkan pada Ahad lepas (23 November). Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri itu menyatakan bahawa misi berkenaan dilaksanakan dengan sebahagian besar disumbangkan oleh hampir 20 badan sukarelawan Malaysia yang digerakkan dengan kerjasama Wisma Putra, termasuk 13 p
BERNAMA
28 Nov 20251 min membaca


Insiden tembak: Polis jumpa lima kesan tembakan, empat kelongsong peluru
SEREMBAN - Satu kejadian kes tembak dilaporkan berlaku di sebuah rumah di Taman Bandar Seremban Selatan, di sini pada pagi Khamis. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan nyawa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 pagi itu. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim yang mengesahkan maklumat itu berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu sekitar jam 1.53 petang daripada seorang lelaki. "Anggota polis bertugas di Bilik Geraka
S.KUMARA
28 Nov 20251 min membaca


Tiga suspek bersenjata pistol, pisau samun kedai runcit diburu
BACHOK - Polis mempergiatkan usaha memburu tiga suspek lelaki yang bersenjata menyamun sebuah kedai runcit yang terletak di Kampung Tekor Ayer Merah, Kandis di sini pada Rabu. Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 malam itu apabila ketiga-tiga suspek masuk ke premis berkenaan dengan memakai penutup muka sebelum mengacukan senjata menyerupai pistol dan sebilah pisau ke arah pekerja di kedai tersebut. "Sus
S.KUMARA
28 Nov 20251 min membaca


Lima pelajar dibuang sekolah, tiga digantung kerana bergaduh di sekolah
SUNGAI PETANI - Seramai lima pelajar telah dibuang manakala tiga lagi digantung selepas didapati terbabit dalam pergaduhan di sebuah sekolah di sini pada Isnin lalu. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dalam kenyataan berkata, tindakan tegas diambil dan tiada kompromi terhadap isu buli, keganasan serta salah laku murid. "JPN mengambil serius dalam insiden pergaduhan tersebut yang membabitkan sekumpulan pelajar dari sebuah sekolah menengah di sini. "Pihak sekolah selesai men
S.KUMARA
28 Nov 20251 min membaca


Mayat pempengaruh Taiwan sudah dituntut keluarga, tunggu hasil Patalogi
KUALA LUMPUR - Mayat pempengaruh wanita warga Taiwan berusia 31 tahun yang ditemukan mati dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay di sini pada 22 Oktober lalu sudah dituntut oleh ahli keluarganya. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus sambil mengesahkan perkara itu berkata, setakat ini polis masih menunggu laporan patologi dari pihak hospital untuk tindakan lanjut. “Kita masih belum mendapat keputusan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) ada beberapa tindakan lagi
S.KUMARA
27 Nov 20251 min membaca


SJKT Ladang Rinching johan Piala YB Onn Abu Bakar Parlimen Batu Pahat
KAJANG - Pasukan Bola Sepak Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Rinching mencipta sejarah apabila muncul sebagai juara Kejohanan Bola Sepak bawah 12 tahun Piala YB Onn Abu Bakar Parlimen Batu Pahat Peringkat Kebangsaan 2025 pada kali ini. Ia merupakan julung kali sekolah berkenaan mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut dan muncul sebagai satu-satunya sekolah Tamil menyertai kejohanan di peringkat kebangsaan yang berlangsung kali ini di Sekolah Kebangsaan Temenggong I
Editorial
27 Nov 20251 min membaca


Cederakan wartawan sukan: Suspek mungkin salah orang - Polis
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan suspek yang ditahan kerana menyerang dan mencederakan wartawan sukan, Haresh Deol telah tersalah sasaran. Ketua Polis Kuala Lumpur Komisioner Datuk Fadil Marsus berkata, siasatan awal pihaknya mendapati serangan terhadap individu terbabit dipercayai berunsur peribadi akibat gangguan terhadap isteri suspek tersebut. “Ia (motif) seperti ada gangguan terhadap isteri dia (suspek) jadi lebih kepada peribadi namu
S.KUMARA
27 Nov 20251 min membaca


Imigresen tawar ganti pasport percuma kepada mangsa banjir
Imigresen tawar ganti pasport percuma kepada mangsa banjir PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan penggantian Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) secara percuma kepada mangsa yang kehilangan atau mengalami kerosakan dokumen akibat bencana banjir yang sedang dihadapi di seluruh negara. Ketua Pengarahnya Datuk Zakaria Shaaban berkata, inisiatif ini bertujuan memudahkan urusan mereka yang terjejas serta memastikan keperluan perjalanan dan urusan rasmi dapat dite
S.KUMARA
27 Nov 20251 min membaca


PN Persoal kewibawaan SPRM Siasat Dakwaan Rasuah Libatkan Shamsul Iskandar
Takiyuddin dalam sidang media bersama ahli-ahli Parlimen PN di Dewan Rakyat pada Khamis KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) hari ini mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan kes rasuah membabitkan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin. Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa, persoalan itu timbul selepas pihaknya mendapati nama SPRM juga d
EDITOR
27 Nov 20251 min membaca


'Siasat Anwar dan Azam Baki jika video itu tulen' - Hassan Karim
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak supaya menyiasat rakaman video yang didedahkan oleh ahli perniagaan bernama Albert Tei yang mengaitkan Ketua Pesuruhjayanya SPRM Tan Sri Azam Baki, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Setiausaha Politik Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin. Memetik laporan portal Malaysiakini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim bagaimanapun berpendapat bahawa di sisi undang-undang ketika ini,
EDITOR
27 Nov 20251 min membaca


Gempa bumi 6.5 skala Richter landa Pantai Barat Sumatera Utara, gegaran dirasai di Malaysia
SHAH ALAM - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 skala Richter dilaporkan berlaku di luar pantai barat Sumatera Utara, Indonesia pada jam 12.56 tengah hari pada Khamis. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa, pusat gempa bumi itu dikesan di 2.7 darjah utara dan 95.9 darjah timur pada kedalaman 57 kilometer dengan jarak 8 kilometer selatan dari Simeulue, Indonesia. Susulan gempa itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. "Gegaran dir
S.KUMARA
27 Nov 20251 min membaca


Ketua sindiket jenayah seks dalam talian dipenjara seumur hidup
SEOUL - Sebuah mahkamah di Korea Selatan pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap ketua sindiket jenayah seks melalui Telegram kerana mengeksploitasi secara seksual 261 individu, termasuk kanak-kanak bawah umur, selama hampir lima tahun, lapor Agensi Berita Yonhap. Kim Nok-wan, 33, didakwa mengendalikan dan bekerja untuk sindiket jenayah yang dikenali sebagai "The Vigilantes”, menghasilkan dan mengedar video eksploitasi seksual, memaksa penggunaan video ya
BERNAMA
27 Nov 20251 min membaca


Lelaki ditahan beri gangguan seksual terhadap tiga gadis remaja MRSM
HULU SELANGOR – Seorang lelaki berjaya diberkas polis selepas disyaki bertanggungjawab melakukan jenayah gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ibrahim Husin berkata, tangkapan itu dibuat selepas pihaknya menerima tiga laporan polis daripada mangsa pada jam 4.16 petang Rabu. "Siasatan awal polis mendapati suspek seorang warga tempatan dipercayai mas
S.KUMARA
27 Nov 20251 min membaca


PRN Sabah: Tiada parti akan dapat majoriti, jangka kerajaan campuran - Zahid
KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan tiada mana-mana parti bertanding yang akan memperolehi majoriti jelas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada Sabtu ini. Beliau meramalkan, berkemungkinan keputusan itu akan membuka laluan kepada pembentukan kerajaan campuran di negeri di bawah bayu itu pada kali ini. Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu juga menambah bahawa berdasarkan "bacaannya", persaingan banyak parti di keban
Editorial
27 Nov 20251 min membaca


Dua Pemimpin Tertinggi Pengakap Negara Terima Anugerah Tertinggi Pengakap India
Mohd.Zin (tengah) bersama Dr. Mukhyuddin (kiri) dan Chempaka Emalin di Rajbavan Uttar Pradesh, India selepas menerima anugerah tertinggi hari ini. KUALA LUMPUR 27 Nov. — Peranan Persekutuan Pengakap Malaysia dalam membentuk sahsiah, disiplin dan jati diri generasi muda terus di pentas dunia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa. Terbaharu, dua pemimpin tertinggi Pengakap Malaysia telah menerima penghormatan di India apabila menerima anugerah tertinggi Bharat Scouts & Guid
S.KUMARA
27 Nov 20252 min membaca


Pangsapuri Hong Kong terbakar: 44 maut, 3 diberkas polis
HONG KONG: Kebakaran besar yang masih marak di sebuah kompleks pangsapuri penduduk di Hong Kong telah mengorbankan sekurang-kurangnya 44 orang dan hampir 300 orang lagi masih dikhuatiri hilang. Api dipercayai merebak pantas akibat penggunaan perancah buluh yang tidak selamat serta bahan pelapik yang digunakan dalam kerja penyelenggaraan, menurut polis. Anggota bomba dan penyelamat yang sedang bertugas sepanjang malam bergelut untuk mencapai tingkat atas kompleks perumahan Wan
Editorial
27 Nov 20251 min membaca


Jam poket emas pasangan Titanic terjual pada harga £1.78 juta
LONDON - Sebuah jam poket emas milik pasangan warga emas yang lemas ketika tragedi tenggelamnya Titanic berjaya dijual pada harga £1.78 juta (AS$2.3 juta) dalam satu acara lelongan, lapor PA Media/dpa. Jurulelong berkata, harga itu merupakan jumlah tertinggi pernah dibayar bagi "memorabilia Titanic". Rekod sebelum ini dicatatkan tahun lalu apabila sebuah lagi jam poket emas yang dihadiahkan kepada kapten bot yang menyelamatkan lebih 700 penumpang terjual pada harga £1.56 juta
Editorial
27 Nov 20251 min membaca


Tipu guna gelaran 'Datuk' palsu, dua lelaki dicekup
KUALA LUMPUR - Tindakan licik dua lelaki yang menipu mangsa menggunakan gelaran 'Datuk' palsu bagi memperdaya individu menunjukkan pelbagai barang istiadat diraja bagaimanapun kantoi kepada pihak berkuasa. Kedua-dua suspek lelaki itu berjaya diberkas polis di Seremban, Negeri Sembilan dalam serbuan pada Selasa. Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kedua-dua suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 34 dan 50 tahun itu ditahan di sebuah re
S.KUMARA
27 Nov 20251 min membaca
bottom of page