- kumara885
- 2 hari lalu
- 1 min membaca

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1.12 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan telah mencarum secara sukarela bernilai RM14.13 bilion setakat Ogos tahun ini.
Kementerian Kewangan berkata, dalam usaha membantu ahli membina simpanan persaraan, KWSP telah menyediakan pelbagai saluran untuk memudahkan ahli mencarum.
"Setakat Ogos 2025, seramai 227,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman melebihi kadar berkanun bagi caruman pekerja," katanya dalam jawapan bertulis di portal rasmi Parlimen hari ini.
Kementerian Kewangan menjawab demikian kepada soalan pertanyaan lisan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) mengenai perancangan menggalakkan warga negara membuka akaun KWSP.
Dalam pada itu, kementerian terbabit menambah bahawa bagi tempoh separuh pertama 2025, i-Saraan telah merekodkan jumlah caruman sebanyak RM2.8 bilion daripada 487,375 ahli.
"Ini adalah peningkatan sebanyak 74 peratus daripada RM1.6 bilion, serta peningkatan 48 peratus bilangan ahli daripada 330,196 ahli pada separuh pertama 2024.
"Seramai 158,000 suami telah menyertai program i-Sayang yang membabitkan jumlah pindahan caruman sebanyak RM309.4 juta setakat Ogos 2025," tegasnya.





Komen