top of page
  • kumara885
  • 2 hari lalu
  • 1 min membaca
insiden samun lelaki bersenjata parang di Kuala Langat semalam.
insiden samun lelaki bersenjata parang di Kuala Langat semalam.


KUALA LANGAT – Seorang peniaga kedai makan wanita melalui detik mendebarkan apabila tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang meluru masuk menyamun barang kemas menyebabkan dia kerugian kira-kira RM10,000 dalam kejadian di Sungai Jarom, Jenjarom di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu kira-kira pukul 7 petang.


Katanya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek lelaki menutup muka dan bersenjatakan sebilah parang.


“Seorang lagi suspek menunggu di dalam sebuah kereta disyaki jenis Proton Saga atau Perodua Bezza Suspek kemudian melarikan tiga utas rantai leher termasuk satu milik suami mangsa. Turut diambil dua bentuk cincin emas milik wanita itu,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.


Tambah Mohd. Akmalrizal, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun secara berkumpulan dan bersenjata.


Malah katanya, polis telah mempergiatkan usaha memburu kumpulan lelaki penyamun itu yang dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata itu.


Terdahulu tular di media sosial memaparkan beberapa lelaki bertopeng memasuki kedai makan itu dan melarikan diri selepas menyamun mangsa.


Akmalrizal turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.


Komen


bottom of page