top of page
  • kumara885
  • 15 Okt
  • 1 min membaca
ree

Hannah Yeoh


SEPANG – Kementerian Belia dan Sukan memberi jaminan bahawa seramai 18 atlet negara yang menggalas cabaran di Sukan SEA Thailand tidak akan terlepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.


Kesemua atlet berkenaan akan mengambil peperiksaan itu sejurus selepas berakhirnya temasya dwitahunan tersebut.


Temasya Sukan SEA Thailand edisi ke-33 tersebut akan membuka tirai dari 9 hingga 20 Disember ini manakala peperiksaan SPM dijadualkan bermula lebih awal, iaitu dari 3 November hingga 23 Disember ini.


Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan para atlet negara yang berkaitan kerana tarikh kedua-dua acara bertindih.


Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, keputusan itu adalah hasil kerjasama strategik antara KBS, MSN dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menjamin masa depan atlet muda negara.


"Sukan SEA akan berlangsung di Thailand pada bulan Disember dan setakat ini kita ada 17 calon sekolah kerajaan serta seorang calon persendirian.


"MSN berbincang dengan KPM dan mencapai persetujuan supaya peperiksaan SPM dijalankan di MSN selepas mereka pulang daripada pertandingan," kata Hannah selepas menghadiri majlis memperkenalkan pasukan dan jentera yang akan dipacu Hakim Danish Ramli pada Grand Prix Malaysia 2025 di sini, hari ini.


Sebelum ini, Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2025, Nurul Huda Abdullah menyuarakan kebimbangan terhadap nasib 18 atlet yang bakal menduduki SPM ekoran jadual peperiksaan itu bertembung dengan temasya tersebut.

Komen


bottom of page