Arsenal gagal tewaskan 10 pemain Chelsea di Stamford Bridge
- Editorial
- 6 hari lalu
- 1 min membaca

IMPIAN The Gunners untuk memalukan Chelsea dan pulang dengan tiga mata penuh di Stamford Bridge bagaimanapun berkecai apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
the Gunners yang turun dengan keyakinan tinggi terpaksa mengikat seri dengan pasukan the Blues yang beraksi dengan 10 pemain selepas perancang utama pasukan tuan rumah Moises Caicedo dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama akibat kekasarannya terhadap Mikel Merino.
Namun, Gunners percaya keputusan seri 1-1 di Stamford Bridge itu tetap satu keputusan yang positif.
Biarpun beraksi dengan 10 pemain, tuan rumah Chelsea mengejutkan pelawat apabila Trevoh Chalobah menanduk masuk gol pembukaan hasil sepakan penjuru, sekali gus meletakkan tekanan kepada pendahulu liga itu untuk bangkit semula.
Bagaimanapun, kebijaksanaan Mikel Merino berjaya membantu pasukannya menyamakan kedudukan buat Arsenal dari jarak dekat, namun biarpun memiliki kelebihan lebih 30 minit untuk memburu gol kemenangan, kekebalan benteng pertahanan Chelsea sehingga wisel penamat menghampakan impian Arsenal memburu tiga mata penuh.
"Bermain menentang 10 orang, anda pasti kecewa jika tidak meraih kemenangan kerana kelebihan memihak kepada anda.
"Namun, mereka (Arsenal) pasti akan menerima keputusan ini jika ditanya pada awal permainan, " kata bekas pemain Arsenal Theo Wallcott yang turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut.





Komen