ACLE: JDT belasah kelab China Shanghai Shenhua
- kumara885
- 6 Nov
- 1 min membaca

ISKANDAR PUTERI – Impian wakil Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT) meraih tiga mata berharga di laman sendiri berhasil apabila berjaya membenam Shanghai Shenhua pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ECLE) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini malam tadi.
Kemenangan 3 -1 itu sekaligus membolehkan pasukan pimpinan Xisco Munoz mendaki lapan anak dari tangga ke-10 ke tangga kedua kumpulan A dengan mengumpul 7 mata selepas mengharungi empat perlawanan setakat ini.
Seawal minit keempat, Oscar Arribas nyaris meletakkan Harimau Selatan dihadapan namun rembatan kencangnya dinafikan penjaga gol lawan, Bao Yaxiong sebelum bola melantung terkena tiang gol.
Pada minit ke-22, Jairo Macedo berpeluang memecah kebuntuan apabila meledakkan gol namun rembatannya dibatalkan pengadil perlawanan dari Jordan, Adham Makhadmeh kerana berada dalam kedudukan ofsaid.
Lapan minit selang, Jairo sekali lagi kecewa apabila sepakannya dinafikan penjaga gawang Shanghai Shenhua.
Tiang gol Tembok Besar China sekali lagi menjadi penyelamat sejurus menafikan sepakan deras Arribas pada minit ke-35 sekaligus membuatkan kem JDT hampa mencari gol di separuh masa pertama.- malaysiatoday





Komen