top of page
  • kumara885
  • 7 hari lalu
  • 1 min membaca
ree

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Perancis 2025 selepas bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan pasangan Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang, hari ini.


Pada aksi yang berlangsung selama 47 minit di Glaz Arena, juara dunia dan pasangan ranking ketiga dunia itu mencatat kemenangan 16-21, 21-16, 21-12 bagi meneruskan kemaraan mereka di kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 750 itu.


Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut Tang Jie-Ee Wei ke atas gandingan Taiwan berkenaan, selepas turut menumpaskan mereka di pusingan pertama Terbuka Denmark minggu lalu.


Mengulas perlawanan itu, Tang Jie mengakui mereka bermula perlahan dan memberi ruang kepada lawan untuk mendominasi permainan pada set pertama.


"Mungkin rentak kami agak perlahan dan lawan banyak mengambil peluang melakukan serangan balas. Kami juga kurang sabar di set pertama," katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).


Bagaimanapun, pasangan negara itu kembali menemui rentak sebenar di dua set berikutnya dengan menampilkan corak permainan lebih tenang dan taktikal untuk menutup perlawanan dengan kemenangan meyakinkan.


Tang Jie-Ee Wei dijadual menentang satu lagi pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Chan, pada aksi pusingan kedua.


Komen


bottom of page