Chong Wei ketuai Jawatankuasa Prestasi BAM
- kumara885
- 19 Okt
- 1 min membaca

PETALING JAYA – Legenda badminton tanah air, Datuk Seri Lee Chong Wei dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi pelan pembangunan jangka panjang, Tangkis 2030.
Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Abd. Aziz mengumumkan pelantikan itu selepas mendapat persetujuan sebulat suara pada Mesyuarat Ahli Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini, hari ini.
Beliau berkata, selain Chong Wei, beberapa lagi individu turut dilantik bagi mengetuai beberapa jawatankuasa yang lain bagi memantapkan lagi pengurusan badan induk sukan badminton negara tersebut.
“Kita sudah muktamadkan tadi, ada empat Ahli Majlis BAM yang baharu. Selain daripada Datuk Seri Lee Chong Wei, ada tiga lagi individu lain turut dilantik berdasarkan kepakaran masing-masing.
“Pada mesyuarat hari ini, kami juga bersetuju untuk menjemput individu luar bagi berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka. Datuk Seri (Chong Wei) akan mengetuai Jawatankuasa Prestasi,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Ahli Majlis BAM.
Selain itu, BAM juga merombak struktur pengurusan apabila mengurangkan jumlah 14 jawatankuasa kepada 10 sahaja dengan melantik sembilan pengerusi bagi memastikan pengurusan lebih efisien.





Komen