top of page

EPL: Arsenal sedia malukan Chelsea d Stamford Bridge

  • Editorial
  • 7 hari lalu
  • 1 min membaca
ree

PENDAHULU Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal menerima tonik penting menjelang kunjungan ke Stamford Bridge apabila Mikel Arteta mengesahkan perkembangan positif dua penyerang utama, Viktor Gyokeres dan Kai Havertz yang semakin hampir kembali beraksi.


Selama beberapa perlawanan, Arsenal terpaksa beroperasi tanpa penyerang tulen yang memaksa Arteta mengubah pelan permainan.


Mikel Merino menjadi opsyen sementara dengan sumbangan dua gol ketika menewaskan Slavia Praha, namun Arteta mengakui kehadiran semula jentera serangan sebenar amat diperlukan untuk berdepan Chelsea tengah malam ini.


“Kami masih ada masa lagi. Kita lihat bagaimana perkembangan semua pemain.


“Viktor dan Kai sudah tunjuk perkembangan positif dan sekarang kami hanya tunggu dan lihat,” ujar Arteta.


Selain Gyokeres dan Havertz, Arsenal turut memantau kondisi Leandro Trossard selepas pemain itu dikeluarkan ketika aksi Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich.


Arteta bagaimanapun percaya kecederaan tersebut tidak membimbangkan.


Gabriel Jesus juga menunjukkan perkembangan memberangsangkan selepas beraksi dalam perlawanan tertutup bagi memulihkan rentak permainan.


“Kami perlu melihat Gabi kerana dia sudah lama berehat," tegasnya lagi.- Agensi

Komen


bottom of page