- kumara885
- 17 Okt
- 1 min membaca

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal mengadakan satu sidang media khas di Wisma FAM, petang Jumaat.
Jemputan media untuk ke sidang media khas itu hanya dikongsi pada petang Khamis sekali gus memberi bayangan ada satu pengumuman besar bakal dibuat oleh pengurusan tertinggi persatuan tersebut.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada sidang media khas berkenaan berkaitan dengan perkembangan terkini kes Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ataupun membabitkan skuad kebangsaan.
Sebelum ini, FAM sudah mengemukakan rayuan kepada FIFA berhubung isu membabitkan dokumentasi tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan rayuan itu dikemukakan pasukan peguam sebelum tarikh akhir dengan proses rayuan itu dikendalikan pasukan peguam luar yang dilantik.
Terdahulu, tujuh pemain berdarah warisan negara digantung FIFA selama 12 bulan dan denda, begitu juga FAM yang turut didenda RM1.8 juta susulan pemalsuan dokumen.





Komen